CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Opps...Aku Dah Terjatuh Cinta


بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

"Opps...Aku Dah Terjatuh Cinta" Teringat bait-bait perkataan ini dalam sebuah novel yang pernah sy baca pada suatu ketika dahulu dan novel ini jua yang telah menambat hati ini dalam terus manjadikan novel sbg bahan bacaan yang amat diminati. Cinta Marissa, Yew...ni lah novelnya...Novel pertama yang dibaca...Cinta Marissa. Kisah suka duka seorang gadis dalam menempuh hidup hari-harinya setelah putus dengan cinta pertamanya Rahimi, Hati perempuan mana yang tidak terluka andai cinta pertamanya dirampas sesama kaum hawanya sendiri. Hati perempuan mana yang tidak terluka andai suatu ketika dahulu seorang lelaki menabur janji padanya telah berpaling dari janjinya sendiri. Hati perempuan mana yang tidak terguris andai suatu ketika dahulu dia miliki cinta dari insan yang amat dicintainya namun... akhirnya cinta itu telah pergi darinya...

Sejak dr itu, Marissa berubah secara mendadak dan perubahan itu bukan lagi Marissa yg dulu, Keras kepala, degil, penuh dengan sifat kelelakian (tomboy), keras hati...itulah sifat Marissa kini setelah hatinya dikecewakan...hilang sudah segala kelembutan, keayuan yang pernah dimilikinya dek kerana gara-gara penangan cinta dr seorang lelaki. Namun, akhirnya dia pilih utk jalani hidup tanpa cinta itu lagi. Bagi dirinya cinta xbermakna gagal selamanya. Dia keluar dr rumahnya dan berdikari mengikut jalan hidupnya sendiri.

Yang Dicinta akan Pergi...
Yang Didamba akan Hilang...

tatkala itu, Iqbal lelaki yang penuh dengan kesederhanaan, akhirnya muncul dalam hidup Marissa. Sekeras-keras hati Marissa, jatuh cinta jua dia pd Iqbal. Dengan sehabis daya dia cuba untuk menghalau pergi cinta itu agar dia tidak lagi jatuh cinta buat kali kedua. Pelbagai cara dia lakukan agar dia tidak menyimpan jauh perasaan itu dia takut dia hanya bertepuk sebelah tangan...

Untuk dicintai memang mudah, utk jatuh cinta jua memang mudah...
Tetapi, utk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah sukar diperolehi...

Konflik semakin memuncak apabila Marissa dinodai, Dia tidak layak utk Iqbal, dia tidak punya apa-apa lagi....melainkan cinta hanya utk Iqbal...Namun siapa lah dia...apakah dia masih layak utk disisi Iqbal???

Suatu hari, lamaran datang menjengah dalam hidupnya...Lamaran???yew...dr insan yg mula bertahta dihatinya..Iqbal. Lelaki itu telah menghantar lamaran utk Marissa utk menjadikan Marissa sebagai suri hidupnya. Bukan kerana simpati, bukan jua kerana perasaan bersalah melainkan hanya kerana Cinta. Iqbal jua amat mencintai Marissa. Namun, hampa Marissa menolak lamaran itu...

Kenapa???ada sesuatu yang perlu dilaksanakan Marissa. Iqbal mula berputus asa dengan tindakan Marissa. Marissa akan keluar negara utk menyambung pelajarannya. Sebelum Marissa bertolak pergi, terlebih dahulu Marissa menemui Iqbal. Dengan penuh keayuan. kelembutan, Marissa menemui Iqbal. Iqbal terpana dan tersentak dengan perubahan Marissa. Itulah Marissa yang sebenar2nya... Hati marah Iqbal berubah dengan wajah ayu Marissa. Dia amat mencintai Marissa. Iqbal pasti akan menunggu satu2nya puteri dihatinya. Dan hanya Marissa satu2nya yang akan menghuni dihatinya selama-lamanya... Semoga kota London tidak mencuri hati mu Marissa... Itulah harapan Iqbal bila ekor matanya menghantar pemergian Marissa.


Walaupun betapa sukar kita miliki cinta dari insan yg kita cintai, Marissa...seorang gadis yang amat bertuah kerana memiliki cinta Iqbal, cinta dari insan yang amat dicintainya... (Cinta Marissa - karya Kriesya Reisya)

Hakikatnya, Sejauh manapun kita mencintai seseorang itu, Cinta pada Allah perlu melebihi dr segala-galanya...
Sejauh manapun kita rindu pada seseorang itu, Rindu pada Rasulullah tiada taranya...
Sejauh manapun kita kasih pada seseorang itu, Kasih hanya pada ibu dan ayah...

Disaat cinta berputik, Hatinya memuji Tuhan.
Tatkala rindu terusik, Rasulnya jadi pilihan...

biarlah cinta Allah ditakluki sebelum cinta manusia dijejaki...

Bila... hati ini mula menyimpan perasaan
Bila... hati ini mula jatuh cinta pada insan yang bernama lelaki

Ku pegang erat kata-kata ini agar hati ini tidak jauh tersasar dr cinta-Mu.
Mencintainya kerana Allah sudap cukup membuatkan diri ini bahagia walaupun tidak sekelumit pun dia mengetahuinya...cukup bagi ku hanya Allah shj yg tahu betapa saat ini, cinta ini hanya utk dirinya...

Cinta adalah anugerah yang tidak terhingga yang dianugerahkan oleh Allah utk setiap hamba-Nya... Dengan cinta jua kita kenal pencipta, Dengan cinta kita kenal RasulNya, Krn cinta kenal para saudara kita..dan betapa indahnya perasaan cinta ini...
Islam tidak menghalang dalam perasaan cinta. Tetapi biarlah cinta itu berlandaskan syariat pasti cinta suci akan terpelihara...

Terasa semakin jauh diri ini dengan kenangan lalu, Namun kenapa diri ini masih tidak mampu utk melupakannya. kenapa???rindu padanya masih mengusik di kalbu ini??? wajahnya seringkali menyapa dlm hidupku hari2...hakikatnya sudah dua tahun ku tinggalkan wajahnya dr kamus hidup ku...namun, ku tiada upaya utk menghalau wajahnya dr terus menjelma...Semakin diri ini cuba utk melupakannya, semakin rindu menggamit jiwa. Semakin diri ini cuba menghalau pergi cinta yang datang, Semakin, cinta datang mengetuk jendela hati. hebat sgtkah penangan sebuah cinta itu???

Setiaku sekuntum mawar merah...
tangkainya adalah cintaku...dan
kelopaknya adalah nyawaku...
seandai kelopaknya gugur ke bumi...
tangkai masih utuh tak akan berganti...

Cinta amat menyakitkan bila sepenuhnya kita berikan pada manusia...Sebaliknya cinta itu akan bahagia bila kita berikan sepenuhnya hanya pada Maha Pencipta Cinta. Hanya cinta dari-Nya shj harus didambakan... Diri ini amat bersalah pada-Mu Ya Allah, Bila diri ini mula meletakkan cinta ini pada manusia. Allah memberikan kita secebis cinta ini bukan utk diberikan sepenuhnya pada manusia tetapi supaya kita lebih mencintai-Nya.sanggupkah kita menduakan cinta-Nya???

Ya Allah seandainya dia bukan tercatat utkku, jauhkanlah dia dr pandangan mataku agar aku tidak terus hanyut dengan cinta yang sementara ini... Agar aku tidak terus hanyut dengan cinta manusia ini Ya Allah...dan biarlah cinta ini hanya untuk-Mu Ya Allah...

Andai cinta itu menyakitkan, peliharalah aku dr segala kesakitan itu Ya Allah, Jagalah hati ku ini dr terus kecewa dengan perasaan cinta manusia. Jgn pernah biarkan diri ini terus terleka dengan perasaan ini... Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan lagi Maha Mendengar segala isi hati hamba-Mu ini Ya Allah... jauhkanlah aku dari terus jatuh cinta kepada insan yang tidak pernah mencintaiku dan biarlah cinta ini hanya utk yang benar-benar ikhlas menghargainya dan hanya utk lelaki yang bernama suami...

Hawa’ dciptakan dari tulang rusuk ‘Adam’

Bukan dari kepala untuk djadikan atasannya,

Bukan dari kaki untuk djadikan alasannya,

Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.

Dekat pada lengan untuk dlindungi & dekat di hati utk dicintai...


Andai cinta manusia sukar ku miliki dan Andai sukar untuk ku miliki cinta dr insan yang amat ku cintai... Biarlah cinta ini hanya untuk-Mu Ya Allah... (^_^)


Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku...

Cahaya Mataku
Nor Aini
(^_^)










0 comments: