CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
0

Takdir Cintaku (Episod 2)


Episod 2

*************


Irham hanya memandang sepi laptop yang berada dihadapanya. Tiada ‘mood’ untuk dia menyiapkan kerja-kerjanya malam ini. Adiknya, Nur Aisya Sofea. Entah apa yang di buatnya waktu begini. Menyepi di dalam biliknya. Selepas dia mengambil adiknya di KLIA petang tadi, sempat Irham singgah untuk makan di Restoran. Bukan selalu dia makan di restoran. Kalau ikutkan Irham, Irham lebih suka makan di rumah tetapi memandangkan dia kesihan kan adiknya nanti, biarlah makan terus di restoran sahaja petang tadi.


Perlahan-lahan Irham menuruni anak tangga rumahnya menuju ke ruang tetamu. Kosong. Biasanya, waktu-waktu begini ayah dan umminya selalu meluangkan waktu bersama menonton televisyen. Terasa rindu pula Irham pada telatah ayah dan umminya. Baru pagi tadi ayah dan umminya berangkat pulang kekampungnya di Kuala Kangsar perak. Kalau diikutkan, hendak juga Irham mengikuti ayah dan umminya. Sudah lama rasanya Irham tidak pulang ke kampung.Namun, bila difikirkan tentang kerja, dibatalkan sahaja niatnya.


Irham menolak daun pintu bilik galerinya. Seperti kebiasaan, bila Irham tiada ‘mood’ untuk melakukan kerja-kerjanya. Irham akan menghabiskan waktunya di bilik galeri kesayangannya itu. Perlahan-lahan Irham mencapai kerusi dan melabuhkan punggungnya berhadapan dengan ‘sketch book’. Mencapai pensil dan tangannya mula menari-nari melukiskan sesuatu di atas ‘sketch book’ miliknya. Potret yang sama dilukiskannya. Irham tidak pernah jemu melukis potret seorang perempuan yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya. Irham amat merindui wajah itu dan dia amat mendambakan perempuan itu wujud dan akan bertemu dengannya nanti. Andai perempuan itu adalah jodohnya, Irham akan tunggu. Walau berapa lama pun Irham sanggup menunggu asalkan dapat bertemu dengan perempuan yang sering kali bertamu dalam mimpi-mimpinya itu.


Tiba-tiba, Irham mengeluh. Mengeluh dengan harapan yang ditaburkan olehnya sendiri. Benar kata umminya. Berapa lama lagi harus dia menunggu dan menanti???Atau harus dibiarkan sahaja berlalu pergi. Tiap malam Irham mendoakan agar dia akan bertemu dengan perempuan itu. Namun, Tidak juga membuahkan hasil.


Irham tersenyum sendiri dan serentak memberhentikan tarian pena di tangannya. Irham memandang potret yang dilukisnya. Tangan kanannya mengusap lembut lukisan itu. Terasa cinta begitu dekat dengan dirinya. Terasa perempuan itu ada disisinya. Rindu kini kian menggamit sanubarinya. Tidak pernah Irham merasakan begitu hebat perasaan yang di alaminya kini. Adakah ini yang dinamakan cinta???Bagi dirinya cinta yang wujud dalam dirinya hanya untuk Allah, Rindu dalam dirinya hanya untuk Rasulullah dan Kasih sayangnya hanya untuk ibu dan ayahnya. Namun, kini. Hatinya kini sedikit demi sedikit diberikan pada seorang insan yang bernama perempuan. Wajarkah begitu???Kalau tidak jatuh cinta dan mencintai, bagaimana akan menyatu???


Bagi Irham, cinta yang wujud dalam dirinya kini adalah anugerah dr Allah s.w.t dan Irham akan menggenggam erat cinta yang telah diberikan ini. Tetapi, sampai bila Irham akan teguh dengan perasaan ini. Adakalanya, Irham takut perasaan ini akan pergi darinya.


Irham keluar dari bilik galerinya setelah sekian lama menyepi di dalam bilik itu. Irham melangkah ke ruang tamu rumah nya. Kelihatan adiknya Sofea menonton televisyen. Sesekali kedengaran adiknya ketawa. Entah apa yang mencuit hati adiknya itu sehingga melepaskan ketawa sebegitu.


“Sofea belum tidur lg???” teguran Irham dari belakang menyentapkan adiknya sehinggakan ‘remote’ di tangan Sofea tercampak ke depan.


“Ya Allah, Abang. terkejut Sofea”Marah Sofea pada abangnya. Irham hanya tersengeh dengan reaksi adiknya. Mahu tidaknya. Nasib baik Sofea xder lemah jantung. Kalau tak, mahu adik dia pengsan kt sini.


“Oppss... sory22”pinta Irham sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Sofea.


“Abang dari mana ni???tiba-tiba muncul???”soal Sofea


“ermmmm...ermmm...”teragak-agak Irham mahu menjawab


“Haaa...dr bilik galeri la tue.Kan2???”Sofea terlebih dahulu memotong jawapan Irham


‘Remote’ yang tercampak td diambil Irham dan dengan pantas Irham menukar channel. Sofea yang memandang perlakuan Irham hanya membiarkan sahaja perbuatan abangnya itu.


“Abang nie kenapa sebenarnya”Soal Sofea bila dilihat abangnya hanya mendiamkan diri.


Irham tersentak dengan pertanyaan adiknya itu. “Kenapa apa???”tanya Irham bersama kerutan di dahi. Pelik dengan pertanyaan Sofea.


“Hish abang ni...Abang nie kenapa???pelik semacam. Asyik termenung jew. Abang jangan ingat Sofea xtau. Dalam kereta ptg td, abang diam jew. Mcm memikirkan sesuatu. Nk kata dh ada kekasih. Masih mencari-cari. Skrg ni pun, senyap jew.”beritahu Sofea Ketidak puasan hatinya melihat perubahan sikap abangnya kini.


Irham hanya mendiamkan diri. Kata-kata Sofea bagaikan angin lalu yang bermain di cuping telinganya. Irham hanya memandang sepi kaca televisyen yang menayangkan cerita yang dilakonkan oleh artis-artis terkenal Malaysia. Hanya mata Irham sahaja yang menatap kaca televisyen itu, Namun fikirannya melayang entah kemana. Perlukah dicerita kepada adiknya pergelokan perasaan yang dialaminya kini???


“Laa...tgk!!! termenung lagi. Adoiii...”tegur Sofea. sambil tangan kanannya melayang-layang di hadapan wajah abangnya.Irham tersentak, Menarik kembali fikirannya pada Sofea.


Irham hanya menarik nafas panjang menyembunyikan segala perasaan yang wujud di hadapan adiknya itu.


“Ermmm...abang...”Teragak-agak Sofea membuka mulut, Bagaikan ada sesuatu yang ingin di luahkan oleh adiknya saat itu.Irham memandang tepat wajah adiknya.


“Boleh Sofea tanya abang sesuatu???”sambung Sofea


Irham memandang pelik adiknya. “Apa dia???” gesa Irham. Tidak mahu Sofea terus membuatkan dia tertanya-tanya.


“Janji, abang jangan marah Sofea tau???”Tanya Sofea lg sambil mengangkat tiga jari kanannya tanda janji kepada Irham.


Irham hanya tersenyum memandang adiknya. “Pernah ke abang marah Sofea???”Tanya Irham kembali pada adiknya.


“Ermmm..xder la”


“Sofea nk tanya apa???”tanya Irham kembali ke topik asal adiknya.


Sofea menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya pada abangnya. Memang dia tidak pernah kena marah pada abangnya itu. Namun, Entah kenapa Sofea rasa berdebar pula mahu bertanya pada abangnya itu. Sofea sedia maklum, sejak kebelakangan ini abangnya tidak suka kalau bilik galerinya dimasuki tanpa izin darinya. Entah apa yang abangnya mahu sembunyikan pun, tidak Sofea ketahui. Tetapi entah kenapa tempoh hari hati dia terdetik untuk memasuki bilik galeri abangnya. Harap abangnya tidak memarahinya


“ermmm...potret lukisan siapa yang abang lukis dalam bilik galeri abang tue???”tanya Sofea teragak-agak.


Irham terkejut. “Sofea...”kata-kata Irham terhenti.


“Sofea minta maaf bang. Sofea tak sengaja masuk bilik galeri abang tempoh hari. Sofea Cuma....”kata-kata Sofea terhenti. Tidak tahu mahu memberi alasan apa untuk abangnya.


Irham Cuma mengeluh. Rasa serba salah menyelubungi hati Sofea. Tetapi dia mahukan kepastian. Apakah perempuan itu ada kena mengena dengan abangnya???Apa hubungan abangnya dengan perempuan itu sehinggakan abangnya melukis potret gambar-gambarnya???Dan...Adakah perempuan yang abangnya lukis itu sama dengan perempuan yang telah dilanggarnya petang td di KLIA???dia perlukan jawapan itu dr abangnya.


“Ermmm...Entah la Sofea. Abang pun xkenal siapa perempuan tue sbenarnya”jawab Irham.


“Hah???abang xkenal siapa perempuan tue???” Sofea menanyakan kembali jawapan yang di berikan Irham


“Kalau abang xkenal siapa. Macam mana abang boleh lukis gambar dia???”Tnya sofea lg. Tidak puas hati dengan jawapan abangnya itu.


“Perempuan tue selalu muncul dalam mimpi-mimpi abang Sofea. Sejak abang pergi ikut ayah dan ummi buat umrah hujung tahun lepas. Sejak sembilan bulan yang lalu”Jawab Irham mengemaskan jawapan terhadap persoalan yang di tanya adiknya.


“Abang biar betul” Sofea seolah-olah tidak mempercayai jawapan abangnya itu.


“Yew. Sofea. Mungkin kalau orang dengar pun orang akan kata abang dh xbetul agaknya. Yew la. Jatuh cinta pada perempuan yang hadir hanya dalam mimpi. Entah kan wujud, entah kan tidak di realiti ini. Abang sendiri pun xtau. Keyakinan abang bertambah bila abang mimpi tue di Tanah Suci Mekah. Mana tau itu adalah petanda jodoh abang.namun, segala-galanya abang serahkan pada takdir je lah yang menentukan segalanya. Abang Cuma boleh berusaha Sofea” terang Irham pada adiknya Sofea.


Baru kini Sofea mengerti apa yang dialami abangnya saat itu. Benar kata orang, Cinta adalah sesuatu yang amat sukar untuk diluahkan dan di gambarkan dengan kata-kata. Sofea tidak pernah kisah siapa pun yang akan menjadi bakal kakak iparnya nnti asalkan perempuan itu boleh membahagiakan satu-satunya abang kesayangannya itu, Itu jua adalah kebahagian utk Sofea dan begitu jua Ayah dan umminya pasti tidak akan menghalang siapa pun pilihan abangnya kelak.


“Apa akan jd kalau suatu hari nanti abang akan bertemu dengan perempuan tue???apa yang akan abang buat???”meletus jua soalan itu dr mulut Sofea.


Irham tersentak dengan soalan tiba-tiba dari Sofea. Irham hanya mendengar sepi soalan itu. Apa yang akan aku lakukan???


“ermm...okey la. Kalau abang xnk jawab pun xpa.Sofea Cuma tanya jew.”Sofea memandang abangnya yang sedari tadi masih terkejut dengan pertanyaan darinya. Perlukah aku ceritakan sahaja pada abang pasal petang td???Argghhh...biarkan sahajalah dulu.


Irham kembali melarikan pandangannya ke kaca televisyen yang sedari td tidak di ambil peduli. Irham tidak tahu apa lagi yang harus di ceritakan pada adiknya Sofea saat itu.


“Bila abang dah jumpa perempuan tue. Abang pinang je lah.” Getus Irham tiba-tiba setelah agak lama mendiamkan diri. Sofea yang berada di sampingnya serentak berpaling memandang Irham di sebelahnya.


“Hah???apa abang cakap???”Soal Sofea kembali pada Irham


“Abang cakap. Kalau abang dah jumpa perempuan tue, Apa lagi. Abang pinang je lah” Jawab Irham memandang Sofea dan melemparkan senyuman buat adiknya yang nyata terpinga-pinga dengan kenyataan dia sebentar tadi.


“Secepat tue ke???”Tanya Sofea mengerutkan dahinya. Ragu-ragu. Abangnya Irham tidak pernah mengenali perempuan itu. Apakah Irham tidak mahu terlebih dahulu mengenali perempuan itu sebelum di jadikan isteri. Entah macam mana pun peremuan itu, belum di ketahui oleh siapa pun. Tidak cukup hanya sekadar jatuh cinta pada wajahnya sahaja. Hati budi perempuan itu juga harus di selidiki sebelum mengambil tindakan sebegitu.


“Ermmm...abang nie serius ke???”tanya Sofea meminta kepastian


Tiba-tiba Irham menghamburkan ketawanya pada Sofea yang benar-benar mempercayai kata-kata itu. Irham sekadar bergurau. Nak pinang???jumpa pun tidak lagi, nak pinang apa.


“Abang gurau je la.” Beritahu Irham sambil mencuit hidung mancung Sofea.


“Dah la. Abang nak naik. Nak tidur.”Beritahu Irham. Kalau terus-menerus melayan Sofea. Dah macam-macam akan keluar nanti. Nasib baik ayah dan umminya tidak ada. Kalau tidak, mahu dia disakat ayah dan umminya lagi.Sofea hanya memerhatikan Irham bangun dari tempat duduknya, Ekor matanya hanya membiarkan sahaja Irham ingin berlalu pergi menuju ke tingkat atas biliknya.


“Jangan tidur lambat sangat. Nanti tengahari esok baru Sofea bangun” sempat Irham melontarkan kata-kata pada Sofea sebelum melangkah dan berlalu pergi.


Sofea tersenyum memandang abangnya yang menaiki tangga menuju ke atas. Masih terngiang-ngiang kata-kata Irham sebentar tadi. Gusar juga hati Sofea bila memikirkan kata-kata abangnya tadi. Bukan apa, dia tidak mahu abangnya Irham menderita gara-gara kerana mencintai seorang perempuan yang tidak di kenalinya. Irham satu-satunya abang yang dia ada. Kalau boleh dia tidak mahu satu-satu abangnya menderita kelak. Dia kenal benar dengan sikap Irham. Bagi abangnya itu, Sekali jatuh cinta selamanya cinta itu akan kekal dalam dirinya. Takkan ada lagi yang lain.


(^_^)

created by

Eirin Ainiey

0

Takdir Cintaku (Episod 1)

Episod 1

************

"Berapa lama lagi kau nak tatap potret tue Am?" ujar Pn.Khalida pada satu-satu anak lelaki tunggal yang dia ada, Irham.


Irham cuma tersenyum memandang umminya yang tiba2 muncul dibilik galeri yang sentiasa menjadi tempat untuk Irham melepaskan segala perasaan yang hadir dalam hidupnya kini.Perasaannya kini berkecamuk. Bercelaru bagaikan tiada noktahnya. Ini semua gara-gara kerana kehadiran seorang perempuan dalam setiap mimpi-mimpi Irham sejak sembilan bulan yang lalu. Irham tidak pernah mengenali perempuan yang hadir dalam mimpi-mimpinya itu. Puas Irham mencari kelibat perempuan yang seiras dalam mimpinya, tetapi tidak pernah jua ketemu.


Irham amat yakin perempuan itu adalah jodohnya. Ya. Jodohnya. Pertama kali Irham mimpikan perempuan itu, Irham berada di Mekah. Mengikuti ummi dan ayahnya mengerjakan umrah. Dan ketika Irham berdoa di tanah suci itulah Irham bertemu dengan seorang perempuan dalam mimpinya. dan dengan mimpi itu jua Irham amat yakin itu adalah petanda jodohnya. Namun, sehingga saat ini Irham masih mencari-cari perempuan yang telah hadir dalam mimpinya itu. Kalau benar perempuan yang hadir dalam mimpinya itu adalah jodohnya, Irham amat berharap akan bertemu dengan perempuan itu. Tetapi, sampai bila???


"Entah lah ummi, Am pun xtau sampai bila Am nk pandang potret ni" perlahan-lahan Irham menjawab pertanyaan Pn.Khalida.


Pn.Khalida hanya tersenyum memandang wajah anak kesayangannya itu.


"Kenapa ummi?" sapa Irham, pelik dengan kelakuan umminya


"ermmm...xder apa2 la. Kamu ni haa, xsangka ada penyakit baru" ujar Pn.Khalida


"Penyakit baru?maksud ummi?"Irham semakin pelik dengan kata-kata umminya


"Yew la. Penyakit angau!!!"kata Pn.Khalida sebelum menarik pintu bilik galeri anaknya itu.


"Dah la, jom makan. Bukannya kenyang pun tatap potret tue" sindir Pn.Khalida pada Irham sebelum berlalu keluar dari bilik itu


Irham tersenyum nipis dengan kata-kata umminya. Ekor mata Irham memandang di segenap bilik galeri miliknya. Kini, bilik galeri Irham dipenuhi dengan potret-potret perempuan yang sering kali muncul dalam mimpi-mimpinya itu. Setiap kali perempuan itu muncul dalam mimpi-mimpinya, tiap kali itu Irham akan melukis gambar perempuan itu. Bilik itu jua dilarang keras dimasuki oleh adiknya melainkan umminya. Berkali-kali umminya memesan agar jangan terlalu ikutkan perasaan. Tetapi entah kenapa semakin hari Irham dapat merasakan cintanya pada perempuan yang selalu mengganggu mimpinya itu semakin tinggi dan tiada taranya. Irham kini bagaikan tidak sabar untuk bertemu dengan perempuan itu.


**********


"HUJUNG minggu ni ayah dengan ummi nk balik Perak. Kamu nk ikut sekali Am?" sapa En.Huzaimi pada Irham yang asyik menonton televisyen yang menayangkan program Iman Muda tayangan Astro Oasis


"Ermmm...abang xmasak lagi ke perangai anak kita sorang ni. Bukannya dia mahu berjalan. yew la orang sibuk kerja, mcm ayahnya jugak" Belum sempat Irham menjawab. Pn.Khalida terlebih dahulu muncul diantara Irham dengan ayahnya. Entah bila ummi nya ada pun dia tak perasan.


"Hish... awk ni. Biasa la tue. Kalu anak lelaki mesti lah ikut ayah dia. Kuat bekerja" jawap En.Huzaimi


"Kuat, kuat bekerja jugak. Tetapi nak ajak g mana-mana pun susah. Macam abang waktu awal2 kita kahwin dlu la. Bukan main susah sy nk ajak blik umah sy tau. Asyik-asyik sibuk je memanjang. Dah tue pulak. nk ajak bilk makan tengahari sama2 pun xboleh" balas Pn.Khalida. Tidak puas hati dengan jawapan suaminya.


Irham yang berada diantara Pn.Khalida dan En.Huzaimi bagaikan terpinga-pinga dengan telatah ummi dan ayahnya. Walaupun sudah dimamah usia, namun kemesraan antara ayah dan umminya masih sama. Irham terasa amat bahagia dianugerahkan sebuah keluarga yang dilimpahi dengan kasih sayang sebegini dari kedua-dua orang tuanya.


"Okey2...dah la ayah ummi. Adoiii la kelakarlah Am tgk." sakat Irham tidak mahu ayah dan umminya terus bertelagah. Walaupun hanya bertelagah secara main-main sampai bila harus dibiarkan begitu.


"Ayah dan ummi balik la dlu. Lagipun minggu ni Am sbuk sket. Banyak projek nk kena siapkan"sambung Irham lagi.

"xpa la kalau macam tu. Nk buat macam mana." Mengerti dengan kesibukan anaknya itu, En.Huzaimi hanya mengikut sahaja.


"Projek apa yang kamu tgh siapkan skrg ni Am???" tanya En.Huzaimi sekadar berbasa basi dengan anaknya


"Projek siapkan potret seorang perempuan" sampuk Pn.Khalida sambil diiringi gelak ketawa ayahnya, En.Huzaimi.


Irham turut ketawa dengan kenyataan umminya"Ummi ni, xhbis2 nk kenakan Am erk"


"okey la tue. Cepat sket ayah dengan ummi dapat menantu" sambung En.Huzaimi setuju dengan kenyataan isterinya.


"Ayah...." protes Irham tidak setuju dirinya terus-terusan dijadikan bahan ejekan Ayah dan Umminya.

“Okey la...amboi marah sgt dia disakat yew. Btul la tue” sambung En.Huzaimi tiada tanda mahu berhenti dr mengejek Irham


“marah sakan tue bang, Btul la tue maknanya” sambung Pn.Khalida mahu terus menyakat anaknya.


“Ya Allah, Ayah ummi. Enough okey, enough” reaksi Irham diiringi gelak tawa En.Huzaimi dan Pn.Khalida


“Ni haa, Projek apa yang kamu buat sekarang ni Am. Dari tadi ayah tanya. Xmau dijawabnya” sambung En.Huzaimi kembali ke topik asal perbualan dia dengan Irham


“Macam mana Am nk jwb kalau ayah dengan ummi asyik sakat Am jew” getus Irham tanda tidak puas hati


Sekali lagi terhambur ketawa dari En.Huzaimi dengan Pn.Khalida meletus.


“ Am tengah ‘handle’ projek pembinaan masjid baru ayah” jawab Irham setelah sekian menyepi memberi laluan untuk ayah dan ummi nya menghabiskan sisa-sisa ketawa yang masih berbaki.


“Owh... ye ke. Bagus la kalau macam tue Am. Kerja sebagai arkitek ni, banyak cabaran dan dugaannya. Mana tidaknya. Arkitek dekat Malaysia nie punya la ramai. Banyak persaingannya. Kalau dah dapat projek tue, kira bersyukur sangat2” nasihat En.Huzaimi pada anaknya, pn. Khalida hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata suaminya.


“Ye ayah. Am pun bersyukur sangat2 bila dh dapat projek ni.”ujar Irham pada ayahnya.


“Ermmm... okey jugak tue Am. Cepat-cepat boleh simpan duit”sampuk Pn.Khalida


“Simpan duit???”serentak pertanyaan dari En.Huzaimi dan Irham


“Maksud Ida???” Tanya En.Huzaimi tanda tidak mengerti dengan kenyataan isterinya


“Hish abang ni. Kata tadi nk menantu cepat. Lagi banyak Irham dapat projek, Lagi cepat dia simpan duit, lagi cepat la kita dapat menantu. Adoiii...abang nie, xkan tue pun xfhm”jawab Pn.Khalida


“Oooooo”menyedari apa yang di maksudkan isterinya


“Apa???”Irham yang masih terpinga-pinga dengan kenyataan itu baru menyedari yang dirinya disakat lagi


Serentak. ketiga-tiganya meletuskan ketawa.

**********


IRHAM cuma memerhatikan kedua-dua ayah dan umminya memasukkan beg-beg pakaian di dalam ‘Booth’ kereta. Jam menunjukkan pukul 8.40. Mungkin kejap lagi En.Huzaimi dan Ph.Khalida akan bertolak berangkat pulang ke kampung umminya di Kuala kangsar Perak. En.Huzaimi dan Ph.Khalida perlu bertolak awal. Kalau tidak, lagi lewat mereka akan sampai ke kampung nanti. Walaupun tidaklah begitu jauh diantara Putrajaya ke Kuala Kangsar. Namun begitu mereka perlu bertolak awal dikhuatiri jalan akan ‘jammed’ bila lambat bertolak.


“Jangan kamu lupa pulak Am ambil adik kamu Sofea tue ptg nanti” laung Pn.Khalida pada Irham yang agak mendiamkan diri.


“Hah???apa ummi???”tersentak.terpinga-pinga. sambil menggaru-garu kepalanya, Irham hanya memerhatikan Pn.Khalida dah terkedek-kedek menghampirinya.


“Ermmm... kamu ni, dah macam adik kamu dah ummi tengok. Mengelamun jew memanjang. Kalau sofea tue ummi tau la dia dh angau dengan si Waziq tue. Kamu???”Pn.Khalida hanya tersenyum dengan kata-katanya sendiri.


Irham hanya tersenyum sinis. Kata-kata umminya seringkali memakan dirinya sendiri. Kerap benar dirinya disakat ayah dan umminya dek erana sikapnya yang entah apa-apa dah sekarang


“Ummi ckp apa td???” cuba mengubah tajuk


“tiada kerja lain. Ckp sket mula la nk tukar topik”Bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran anaknya itu. Irham hanya tersengeh.


“Ummi ckp, Jgn lupa ambil adik kamu Sofea ptg nnti.”ulang Pn.Khalida


“ye la ummi. Lagipun, sofea telefon blik Am nnti.jgn la risau”jawab Irham.


“Apa yang dibualkan lg tue Ida. Cepat lah. Kita nk berangkat dh nie. Nnti lambat pula kita sampai” Dari jauh kedengaran laungan dr En.Huzaimi.


“haa...ye ye lah bang. ”jawab Pn.Khalida


Irham menyelami tangan kedua-dua orang tuanya dan melambai mesra menghantar pemergian ayah dan umminya.


(^_^)

Created by

Eirin Ainiey

0

Ketika Senja Berlabuh


بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت




Ketika Senja Berlabuh
Kicauan burung mulai terhenti
Angin bayu seakan-akan tidak lagi terasa
Dedaunan tidak lagi gugur menyembah bumi
Segala keindahan akan ditelan dek kegelapan
yang akan menjengah

Ketika Senja Berlabuh
Matahari mulai berubah warna
Keterikan cahayanya mulai bertukar menjadi warna
yang begitu indah pada pesona mata

Ketika Senja Berlabuh
Bulan mulai muncul mengambil kembali tugas yang
telah ditetapkan untuknya

Ketika Senja Berlabuh
Disinilah betapa agung ciptaan Illahi
Begitu indah sekali apabila dilihat pada kedua-dua
pesona mata
Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah

Peristiwa di Ufuk Senja
Ketika Senja Berlabuh
Dan... Hujan mulai turun renyai-renyai...


Cahaya Mataku
Nor Aini
(^_^)