CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
0

Cinta Allah Itu Fitrah Hati

Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat mulia, baik san sempurna dalam hidup ini?
Ya tiada seorang manusia pun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Sedarkah kita ketika kita menginginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai Allah???
Mengapa?Ini adalah kerana Allah sahaja yang memilik segala-galanya yang kita ingini itu.
Bukankah Allah itu al-Ghani, memiliki kekayaan yang diingini oleh orang miskin? Allah itu al-Rahman, yang mempunyai kasih sayang yang didambakan oleh mereka yang terpinggir. Allah itu al-Adl yang mampu memberi keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas.
Begitulah sebahagian petikan daripada majalah solusi edisi ke-23. Penuh bermakna, jiwa tersentuh dengan kebesaran Allah! Subhanallah. Semua sifat-sifat itu Dia yang punya. Manusia hanya menzahirkan segala sifatnya sahaja. Sehingga kita alpa menilai sifat itu datangnya daripada Allah bukan daripada kita. Maka, jika kita mencintai dan dicintai Allah, kita akan memperoleh segala-galanya.
Sahabat-sahabat, meskipun kita bersendirian, meskipun diuji dengan kesibukan atau dengan kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sekali-kali kita menjauh daripada Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Maka, mengadulah kepada-Nya.
pernah malaikat berjumpa dengan Allah dan mengatakan bahawa insan sekian-sekian telah meminta pertolongan daripada-Mu berkali-kali. Perkenankanlah. Namun Allah mengatakan, biarkan si insan terus-terusan meminta daripada-Ku. Kerana Aku rindu untuk mendengar keluh tangisannya... Allah sedikit pun tidak rugi jika kita meminta-minta daripada-Nya. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta daripada-Nya. Dia-lah yang menetukan takdir kalian.
Maka, seharusnya hanya pada Dia sahajalah yang layak diadukan masalah.
Kerana cinta yang hakiki inilah terjalinnya ukhuwah sesama kita. Kasih sayang antara manusia itu berbahagi-bahagi dan mungkin berat sebelah. Namun hakikatnya, cinta Allah itu sama rata. Kitalah yang menentukan tahap kecintaan kita pada Allah.
pepatah inggeris menyatakan "What you give, you get back." Maka, serahkanlah sepenuh jiwa raga kita kepada-Nya. Biarkan Dia sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita berikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita peroleh. Jika banyak yang diberi, maka banyaklah yang akan diperoleh.
Sesiapa yang mencari cinta-Nya sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang Maha Agung ini.
Kini, diri ini terasa ingin sekali mencintai dan dicintai-Mu ya Rahman. Maka, kurniakanlah cinta agung-Mu itu agar diri ini terasa tenang berada disamping-Mu, beribadat kepada-Mu, berjihad untuk agama-Mu, berkasih sayang dengan redha-Mu dan mencintai apa yang dicinta-Mu.
Indah sungguh perasaan itu ya Rahman. Diri ini tidak sesekali ingin mensia-siakannya...
Respon dr majalah solusi edisi ke-25
(Nur Ain bt Airil)
"Betapa ramainya orang islam yang mengukur kesederhanaan islam mengikut "kesederhanaan" nafsu, bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman islam oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang merujuk kepada kesederhanaan wahyu!"
-muslim yang "islamophobia" imam global hlm 36-37
(majalah solusi edisi ke-25)
Renung2kan dan selamat beramal...(^_^)