بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
Masih terbayang kata2 semngat dr ma dan abah..."belajar elok2...jgn main".. sebelum dia meninggalkan aku sendirian di bumi Melaka ini....Sayu hati ini tiap kali merindui mereka semua...Namun kugagahi jua kudrat ini, ku cekalkan hati ini, kutabahkan setiap langkah yang ku hayunkan demi harapan, semangat, pengorbanan mereka semua demi melihat kejayaan ku... Dan...aku???wajarkan aku membiarkan harapan dan segala pengorbanan mereka hancur dan musnah begitu sahaja???..tidak!!! aku sesekali tidak akan pernah membiarkan itu semua berlaku selagi hayat dikandung badan dan selagi kaki ini boleh melangkah akan kuteruskan setiap hayunan langkah ini demi mereka semua yang amat kucintai...
Namun, Diri ini ma abah....sentiasa diuji dengan ujian yang terasa amat berat itu diri ini pikul... dan adakalanya diri ini sentiasa menumpahkan airmata kecewa dengan setiap ujian yang diberikan...sedangkan segala ujian itu adalah tanda kasihnya Pencipta kepada setiap hamba-Nya.. Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan mereka.
Maafkan diri Ya Allah..Hamba-Mu ini lemah dengan secebis ujian serta dugaan yang datang dlm kehidupan ini....Aku lemah Ya Allah...berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari2 yang mendatang dalam kehidupan ini. Kuatkan semangat hamba-Mu ini Ya Allah dalam melaksanakan setiap ujian yg diberikan pada-Mu...
Sesungguhnya hati ini amat lemah bila di uji dengan soal hati...tetapi hati ini jua diuji oleh-Nya... Kadang-kadang buat diri ini mengelamun seketika. Sepanjang kedewasaan ini, hati ini amat sering diuji, Bila hati ini mendambakan cinta untuk hadir bertapak, cinta itu jua tidak datang menjengah tetapi lain pula bila pintu hati ini diketuk oleh insan bernama lelaki, Hati ini pula tidak mampu utk membukanya. Kenapa???apa yg dicari sebenarnya. Mungkin hati ini masih takut, yew takut..takut utk dikecewakan dan masih tidak mampu untuk bersedia....
Teringat bait-bait bicara ini "Kejarlah cinta Allah dahulu sebelum cinta manusia dijejaki"... Apabila cinta Allah ditakluki insyaAllah cinta manusia pasti akan datang menjengah... Sekurang2nya bila kita meletakkan cinta Allah di paling atas, bila dikecewakan oleh cinta manusia kita pasti tidak akan terluka kerana cinta Allah sentiasa ada untuk kita. Dan sekali gus hati ini akan sentiasa di jaga oleh-Nya.
Adakalanya manusia sering takut bila dia terpaksa hilang cinta manusia, 'couple' kemudian menangis bagai nk rak andai dia sudah kehilangan cinta kekasih hatinya (putus). Tapi, xterfikirkah mereka??? xtakut kah mereka andai kita kehilangan cinta-Nya. Cinta Maha Pencipta Cinta...Duhai sahabat, kita xperlu takut atau gusar andai kehilangan cinta manusia, krn cinta manusia akan datang dan pergi dr hidup kita, tapi apa yang perlu kita takut andai kita kehilangan cinta dari Allah. Cinta Allah adalah satu2nya cinta yang abadi dan kekal... Andai kita mencintai-Nya lebih dr segalanya insyaAllah kita jua akan memperolehi cinta dr insan yang jua mencintai-Nya
Ya Allah, Jika Aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
untuk mencintai-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya,
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, Jika aku jatuh cinta
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya terpaut
pada-Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam
Jurang Semu
Ya Allah, jika kau jatuh cinta
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari-Mu
Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon
Pada-Mu untuk selalu
Mencintai-Mu...
Adakalanya diri ini takut apabila memikirkan diri ini pernah mematahkan hatinya...Apakah yg akan jd andai diri ini pula diuji sebegitu???Ya Allah amat berat jua utk kuterima andai itu yg akan berlaku. apa yg harus diri ini lakukan hanyalah berdoa dan bertawakal agar tidak lagi diuji dengan kelemahan yang satu itu...Ya Allah Ampun segala kesalahan diri ini buat hamba-Mu itu. Cekalkanlah hatinya, bahagiakan hatinya dengan segala kedukaan semalam agar dirinya tabah menghadapi hancurnya hati yang telah dilukai. Temukanlah dia dengan insan sebetul2nya agar hatinya lebih bahagia dari terus terluka.
Bukan aku pinta untuk semua itu, dan bukan niat diri ini utk melukakan hatinya...keadaan dan waktu utk kita terus bersama dlm ikatan yg bukan milik kita....Diri ini tidak mahu sekadar membina hubungan yg sia2... Cinta adalah milik Allah...Hnya Dia yg mampu memberi cinta itu dan Dia jua yg berhak menarik cinta itu kembali andai itu sudah kehendaknya...
Semoga hati ini lebih kuat dr semalam dengan setiap ujian yg diberikan...dan biarlah diri ini memperoleh cinta sampai ke syurga... "Bercinta sampai ke syurga"...

Sekian.... (^_^)


0 comments:
Post a Comment