CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
0

Ketahuilah... Duhai Bakal Imam Di Setiap Solatku...

Duhai Bakal Imam Di Setiap Solatku...
Bukan ku pinta untuk bersedih...
Bukan ku ingin untuk berduka...
Ketahuilah... Hadirmu membawa satu sinar dalam hidupku...
Dan, Ketahuilah kehadiranmu tepat pada waktunya...
Di saat diri ini sedang menanti...
Bukan ku pinta untuk mengenang...
Bukan ku pinta untuk mengingat...
Ketahuilah... Kenangan adalah satu hal yg sukar dilupakan...
Mengenali dirimu adalah satu hal kenangan yang terindah dalam hidupku...
Bukan ku pinta untuk melebih-lebih...
Bukan ku pinta untuk mengada-ngada...
Ketahuilah... Diri ini hanya ada rasa sikit untuk dihargai...
Bukan ku pinta untuk membuat dirimu mengulangi kata-katamu...
Bukan ku pinta untuk diulang perkara yang sama...
Padahal sememangnya diri ini amat mengetahui dan mengingati setiap bait-bait bicaramu...
Kerna... Adakalanya... Diri ini semakin rasa terpinggir oleh cinta dan dirimu sendiri...
Ku tahu ianya salah... salah sama sekali...
Namun, Ketahuilah...
Diri ini lemah bila diuji dalam soal hati dan perasaan...
Setiap saat, detik dan waktu diri ini selalu berdoa, agar kuat bila diuji soal hati dan perasaan...
Dan bila diuji dengan satu kalimah, CINTA... Adakalanya diri ini mampu bertahan...
Namun adakalanya... Airmata yang keluar sebagai jawapan...
Namun, Diri ini selalu mengingatkan... Allah sentiasa ada untuk menjagaku dan dirimu...

Duhai Bakal Imam Di Setiap Solatku...
Maafkanlah Diriku...
Ku tahu, Diri ini banyak silap dan salah...
Dalam mengharungi hubungan ini...
Bimbinglah diriku, tegurlah diri ini... Dan, Pintaku...
Jangan pernah jemu mengulangi dan menasihatiku...
Kerna setiap nasihatmu... Menjadi ingatanku...
Dan, Kerna diri ini selalu lupa dan khilaf...

Duhai Bakal Imam Di Setiap Solatku...
Maafkanlah segala salah dan silap diri ini...
Yang sering lupa dan khilaf...
Maaf... :(



0

Izinkan Aku Untuk Menjadi Seorang Muslimah


بســـــــم الله الرحمان الرحيم 
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك 
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت 
أعوذ بك من شر ما صنعت 
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي 
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت 

"Jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku.
Aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan.
Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri..."
Aku cuma seorang manusia biasa. Menjalani hidup ini juga secarabiasa. Aku bukanlah seorang anak hartawan. Hartaku tidaklah setinggi Gunung Everest. Iman dan takwaku tidak sehebat seorang muslimah sejati. Kerana aku hanya seorang insan yang biasa. Aku datang dan lahir dari keluarga yang sangat sederhana dan biasa. Namun jauh disudut hatiku ini. aku inginkan luar biasa. Aku sentiasa menanam utuh dalam jiwa dan kalbuku ini agar suatu saat nanti, hatiku akan lembut untuk terus istiqamah di jalan-Nya.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Muslimah malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama . Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama dari dirobohkan dan jua dibinasakan.

Diri kita ibarat intan berlian, lagi dijaga dan disimpan rapi, lagi tinggi nilainya dan lagi mahallah harganya. Jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan. Terdedah dan dipegang-pegang, akhirnya menjadi rosak dan basi muslimah. peliharalah aurat dan maruah dirimu. Wanita hiasan dunia.Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah(muslimah).

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama

.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,



Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.


Create By : 
Miez Ain Niey a.k.a akukahsrikandiitu 
0

Jika kamu memancing ikan....

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan
menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja.... kerana dia
akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu
sukar untuk kamu
menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu
istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila
sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya
kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu
memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan hingga
keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari
makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu.
Mengasihimu. Mengapa
kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang
lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan
Kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Create by Miez Ain Niey =(
0

Kerna Cinta Aku Kuat

Assalamualaikum w.b.t...

Apa rahsia terbesar dalam hidup ini?



Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.



Namun, adakala aku tersasar dalam hidupku. Tanpa arah dan tujuan. Aku meraba dalam gelap. Menitis air mataku di setiap perjalanan. Mengesat peluh yang tidak kesampaian.



Aku tidak sempurna.
Tetapi adakah aku hidup untuk mengejar ke arah kesempurnaan?



KESEMPURNAAN HIDUP



Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar setiap insan adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahsia kehidupan.



Mungkin kita berfikir, perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.



Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu.



Tidak ada seorang pun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeza dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.



Perasaan kecewa pula seringkali singgah kerana matlamat yang tidak kesampaian. Memilih liku – liku hidup di persimpangan. Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan. Mengetahui kebaikan dalam kejahatan.



Tetapi yang akhirnya aku, kau dan mereka akan mengerti. Bahawa setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap kebahagiaan tercoret kedukaan.



Apapun pilihan yang dilalui. Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman. Akan ku semat iman demi Tuhan. Agar aku menjadi sebaik insan yang solehah.



Akan ku lewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Kerna dengan cinta buat hidupku menjadi indah. Dengan ilmu hidupku menjadi mudah. Dan dengan iman hidupku menjadi terarah. Dan untuk itu, bersedialah untuk diuji.



Seperti mafhum sabda junjungan: "Jika Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan mengujinya. Sesiapa yang reda dengan Allah, Allah reda dengannya"


C&P buat renungan diri ini dan sahabat sekalian...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Created By :-
Eirin Ainiey
Akukah Srikandi Itu
(^_^)





0

Wahai Tuhan, Ku Tak Layak ke Syurga-Mu

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk mengenali Allah, menghayati sifat-sifat Allah yang dinyatakan dalam Asmaul Husna adalah satu kaedah yang baik. Al-Quran menjelaskan bahawa bagi Allah nama-nama baik dan menyuruh kita agar berdoa dengan nama-nama tersebut.

Antara sifat Allah ialah Pengampun. Ia disebut sebagai al-Ghaffar atau al-Ghafur

Setiap Insan Ada Kesalahan
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Setiap insan ialah makhluk yang lemah, lupa dan lalai. Oleh sebab itu, kesilapan dan kesalahan biasa berlaku. Allah Azzawajalla menyuruh kita melakukan beberapa perkara, namun bukan semua perkara itu mampu kita laksanakan. Jika dapat dilaksanakan pun, tidak semuanya sempurna. Sebagai contoh, kemungkinan besar masih ada Muslim yang tidak pernah melaksanakan solat fardhu cukup lima waktu sehari semalam. Mungkin ada yang melakukannya, namun ada masanya cukup dan ada masanya tidak cukup. Kemungkinan ada umat islam yang melaksanakan solat lima waktu setiap hari, namun pelaksanaannya tidak menepati roh solat seperti khusyuk dan mungkin juga solat secara sambil lewa. Inilah hikmah apabila selesai sahaja solat, zikirnya adalah istighfar memohon keampunan Allah.

Disebabkan itu, insan memerlukan keampunan Ilahi. Alhamdulillah, Allah itu Maha Luas keampunan-Nya, cuma kita perlu berani mengakui kesilapan dan kembali kepada Allah... (^_^)

Slot Tauhid Solusi Edisi 38 (Syurga itu Benar)
created by:-
Eirin Ainiey
Akukah Srikandi Itu

0

Memburu Kemanisan Iman

Assalamualaikum w.b.t

Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya. Apabila manusia tidak kenal Allah, menusia tidak akan takut kepada-Nya. Sedangkan cinta dan takut kepada Allah itu sumber segala kebaikan. Tanpa cinta Allah, tidak ada cinta sesama manusia.

Orang yang mencintai Allah akan lunak, mesra dan sayang kepada sesama manusia. Mengapa? Ini kerana Allah menyuruhnya berbuat demikian. Iman kepada Allah adalah asas dalam berkasih sayang. Rasulullah s.a.w mengingatkan, tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Iman dan kasih sayang itu bagaikan irama dan lagu, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Teguh iman, kukuhlah persaudaraan.

Tidak dianggap baik seseorang dengan Allah melainkan melalui kebaikan sesama manusia. Memberi salam kepada orang lain mengundang kesejahteraan daripada Allah, Menziarahi saudara kita akan dilimpahi kasih sayang daripada Allah. Membantu menyelesaikan masalah seseorang, Allah janjikan untuk menyelesaikan masalah kita. Tidak ada dikotomi antara hubungan Allah dengan hubungan sesama manusia.Kedua-duanya saling berkaitan dan sinonim antara satu sama lain.

Lalu, apabila kes bunag bay, penderaan kanak-kanakdan penceraian berleluasa dalam masyarakat kini, apalagi puncanya kalau bukan kerana manusia tidak kenal Allah. Tidak kenal Allah menyebabkan kita tidak cintakan Allah. Dan apabila tidak cintakan Allah, maka lunturlah kasih sayang terhadap manusia. Itulah punca berleluasanya penderaan.

Padahal islam menekankan kasih sayang bukan sahaja kepada manusia, malah kepada tumbuhan dan haiwan. Dalam ibadah haji, kita dilarang merosakkan pokok. Sewaktu berperang, tentera islam dilarang menebang pokok yang berbuah. Hutan jangan di pugar dengan mengenepikan kelestarian alam, itu haram. Itu kasih sayang kepada tumbuhan.

Manakala pada haiwan pula, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berkenaan seseorang yang dimurkai Allah kerana mengurung kucingnya tanpa memberikan makanan . Pisau untuk menyembelih binatang pun perlu dipastikan betul-betul tajam terlebih dahulu. Dan Nabi Muhammad sangat melarang umatnya menyeksa binatang. Unta dan keldai jangan dibebani dengan bebanan yang berat sehingga melebihi kemampuannya untuk menanggung.

Orang yang cintakan Allah akan mencinta makhluk-Nya. Orang yang mencintai makhluk di bumi, akan dicintai oleh makhluk di langit. Dan begitulah sebaliknya. Jika seseorang itu tidak cintakan Allah, dia akan membenci makhluk-Nya. Apabila dia membenci apa yang ada di bumi, dia akan dikutuk oleh apa yang ada di langit.

Mengapa ada manusia yang sanggup mendera bayi dan kanak-kanak kecil? Mengapa mereka tergamak berbuat demikian? Sedangkan harimau yang ganas itu pun tidak mendera anaknya. Apakah ada insan yang lebih kejam dari binatang? Jawabnya ya! Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia akan jadi lebih ganas daripa haiwan.


Pahrol Mohamad Juoi
Ketua Editor Majalah Solusi

Created By:-
Ain Niey
0

Cinta Tanpa Noda

بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Tak mampu ku dustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Aku berazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan ilahi

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan yang kunikahi,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Dipetik dari majalah solusi edisi 36

Fatimah Syarha Mohd Nordin
Penulis majalah solusi isu Remaja dan novelis Islamik

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

p/s: Peringatan dan motivasi buat diri ini yang seringkali leka dan lalai dengan cinta dunia dan manusia... (^_^)

Created By :-
Ain Niey