CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
0

Memburu Kemanisan Iman

Assalamualaikum w.b.t

Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya. Apabila manusia tidak kenal Allah, menusia tidak akan takut kepada-Nya. Sedangkan cinta dan takut kepada Allah itu sumber segala kebaikan. Tanpa cinta Allah, tidak ada cinta sesama manusia.

Orang yang mencintai Allah akan lunak, mesra dan sayang kepada sesama manusia. Mengapa? Ini kerana Allah menyuruhnya berbuat demikian. Iman kepada Allah adalah asas dalam berkasih sayang. Rasulullah s.a.w mengingatkan, tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Iman dan kasih sayang itu bagaikan irama dan lagu, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Teguh iman, kukuhlah persaudaraan.

Tidak dianggap baik seseorang dengan Allah melainkan melalui kebaikan sesama manusia. Memberi salam kepada orang lain mengundang kesejahteraan daripada Allah, Menziarahi saudara kita akan dilimpahi kasih sayang daripada Allah. Membantu menyelesaikan masalah seseorang, Allah janjikan untuk menyelesaikan masalah kita. Tidak ada dikotomi antara hubungan Allah dengan hubungan sesama manusia.Kedua-duanya saling berkaitan dan sinonim antara satu sama lain.

Lalu, apabila kes bunag bay, penderaan kanak-kanakdan penceraian berleluasa dalam masyarakat kini, apalagi puncanya kalau bukan kerana manusia tidak kenal Allah. Tidak kenal Allah menyebabkan kita tidak cintakan Allah. Dan apabila tidak cintakan Allah, maka lunturlah kasih sayang terhadap manusia. Itulah punca berleluasanya penderaan.

Padahal islam menekankan kasih sayang bukan sahaja kepada manusia, malah kepada tumbuhan dan haiwan. Dalam ibadah haji, kita dilarang merosakkan pokok. Sewaktu berperang, tentera islam dilarang menebang pokok yang berbuah. Hutan jangan di pugar dengan mengenepikan kelestarian alam, itu haram. Itu kasih sayang kepada tumbuhan.

Manakala pada haiwan pula, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berkenaan seseorang yang dimurkai Allah kerana mengurung kucingnya tanpa memberikan makanan . Pisau untuk menyembelih binatang pun perlu dipastikan betul-betul tajam terlebih dahulu. Dan Nabi Muhammad sangat melarang umatnya menyeksa binatang. Unta dan keldai jangan dibebani dengan bebanan yang berat sehingga melebihi kemampuannya untuk menanggung.

Orang yang cintakan Allah akan mencinta makhluk-Nya. Orang yang mencintai makhluk di bumi, akan dicintai oleh makhluk di langit. Dan begitulah sebaliknya. Jika seseorang itu tidak cintakan Allah, dia akan membenci makhluk-Nya. Apabila dia membenci apa yang ada di bumi, dia akan dikutuk oleh apa yang ada di langit.

Mengapa ada manusia yang sanggup mendera bayi dan kanak-kanak kecil? Mengapa mereka tergamak berbuat demikian? Sedangkan harimau yang ganas itu pun tidak mendera anaknya. Apakah ada insan yang lebih kejam dari binatang? Jawabnya ya! Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia akan jadi lebih ganas daripa haiwan.


Pahrol Mohamad Juoi
Ketua Editor Majalah Solusi

Created By:-
Ain Niey