CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
0

Terharu Menggamit Jiwa

Assalamualaikum w.b.t

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
'Post' ini didedikasikan khas buat adikku yang mendapat keputusan STPM hari ini...

Subhanallah... Subhanallah...Subhanallah....

Sekalung tahniah buat adikku yang mendapat keputusan cemerlang dalam STPM yang sudah keluar hari ini....

Syukur Alhamdulillah, dengan segala nikmat yang telah Kau berikan pada kami sekeluarga Ya Allah dengan kejayaan adikku hari ini...

Terharunya diri ini dengan berita gembira ini, sehingga tanpa disedari air mata ini mengalir dek kerana perasaan terharunya yang tiba-tiba menjalar dalam diri ini...

Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...






0

Ya Allah...Maafkan Diri Ini

Assalamualaikum w.b.t

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Di kejauhan ini, tiba-tiba hati ini teringat kembali pada satu kata-kata ini...

Apabila kita bersahabat,
janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu
kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana
kebaikannya, kerana mungkin dengan satu
keburukan, kita akan membencinya
Andai kita inginkan seorang teman,
janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
kita mungkin akan menyalahkannya...

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya, kerana apabila
dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya
Andai kita ingin bersahabat,
terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang,
yang hanya manusia biasa
Jangan diharapkan terlalu sempurna,
kerana kita sendiri pun tidak tahu
apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendak Allah s.w.t
yang sebenar-benarnya...

~Besederhanalah dalam persahabatan
InsyaAllah kita tidak akan melihat
kelemahan itu sebagai satu kelemahan~

Entah kenapa hati ini bagaikan sayu apabila membaca bait-bait bicara dari kata-kata ini... Apakah perkara yang sama dalam kata-kata ini bagaikan menghimpit diriku kini???
Ya..tidak sepatutnya ku mula menyimpan satu perasaan yang tidak sepatutnya ku simpan dalam hati ini buat insan yang pernah hadir dalam hidup ini gara-gara kerana kesilapan kecil yang dilakukannya.Harus diingat, walau hadirnya hanya sementara...ia adalah insan yang pernah membahagiakan hati ini...seharusnya itu amat perlu disyukuri...

Kerana dia, kumulai kenal erti rindu,
Kerana dia, ku mulai kenal erti sayang,
Kerana dia, kumulai kenal erti cinta,
Kerana dia, ku gagahi setiap kudrat demi menghadapi segala rintangan dalam hidup ini...
Kerana...dia adalah pencetus semangat ini untuk kuterus bertapak dan merangkak dalam perjalanan hidup yang penuh pancaroba ini...
Kerana dia juga airmata ini pernah tumpah dan mengalir dek kerana sakitnya mengenang perasaan yang pernah wujud dalam diri ini...
Kerana dia hati ini terubat dengan perasaan yang sukar digambarkan pada suatu ketika dulu...
Kerana dia ku gelak dengan penuh rasa bahagia...
Dan... kerana dia jua aku tidak pernah merasa sepi dalam setiap langkah yang kuhayunkan dalam perjalanan hidup ini....
Kerana, dia sentiasa disisi untuk memberi semangat, motivasi, kata-kata, dorongan, nasihat, dan tidak pernah jemu mendengar luahan dari ku...

Ya Allah... terima kasih kerana pernah menemukan diriku dengan dirinya...
Dan terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku...dalam hidup insan yang kerdil ini... Semoga Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya...

Dan kini...walaupun dia tidak lagi disisi ku kerana sebab-sebab yang tertentu yang aku sendiri putuskan....Bukan ku menolak dirinya kerana kelemahannya....aku cuma tidak mahu melawan arus dan kehendak orang tuaku...

Sebenarnya, Bagi ku dan bagi diri sesiapa pun... sebagai seorang anak keputusan dan kehendak ibu bapa wajib diutamakan...Kita masih boleh terima andai kita kehilangan semuanya, harta, sahabat, kerjaya dan segala-gala yang wujud dalam hidup yang sementara ini...Tapi betapa sukarnya untuk kita terima andai kita terpaksa kehilangan keluarga dan kehilangan kasih sayang dan yang paling penting restu serta kepercayaan dr keluarga...Apakah kita perlu mengambil keputusan untuk derhaka pada ibu bapa yang telah menjaga dan mendidik kita selama hampir 23tahun(umur masing-masing) hanya kerana sesuatu yang baru kita kenali yang belum tentu akan menjadi milik kita...

Betapa sayu dan sedihnya bila mengenangkan ibubapa ku dikampung...Aku hidup dalam keluarga yang sederhana...aku tidak punya harta yang boleh dibanggakan, aku tidak punya duit yang banyak..aku tidak punya rumah yang cantik dan aku juga bukanlah seorang rupawan... Diri ini serba kekurangan yang hanya punya kasih dan sayang dari keluarga...Walaupun aku bukanlah seorang anak yang baik...Tetapi aku selalu ingin dan menyimpan harapan untuk sentiasa menjadi seorang anak yang baik buat kedua-dua orang tua ku... Seorang adik yang baik untuk kakak-kakak serta abang-abang ku...dan kakak yang baik untuk adik-adikku...Aku sentiasa ingin menjadi yang lebih baik dari semalam...

Semoga nanti aku boleh menjadi seorang ibu yang baik dan solehah buat anak-anakku kelak dan semoga menjadi seorang isteri yang setia dan solehah buat seorang lelaki yang bergelar suami bila aku membina Baitul Muslim nanti...InsyaAllah... Amin...

Duhai hati, aku mohon Janganlah kerana sedikit kesilapan yang dilakukannya aku mulai ingin menyimpan satu perasaan yang tidak sepatutnya aku simpan dalam diri ini....Ya... Demi Allah seikhlasnya aku maafkan dirinya dunia dan akhirat....

Saat kugapai kasih-Mu
Barulah kutahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku tersasar dari jalan-Mu.
Dan kini...dalam sujud aku menyerah
Taubatku hanya untuk-Mu, Ya Allah...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



0

Bicara Hatiku

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat illahi kerana masih diberi nafas utk terus bernafas dibumi ini. Entah kenapa rasa sedih dan sayu menghimpit jiwa ini tatkala direnung kembali setiap apa yang dilakukan dan dilalui dalam hidup ini. Rasa sayang, benci, sakit hati,gembira, sedih dan berbagai rasa yang lahir dalam jiwa ini tanpa disedari. Namun, itu semua adalah ujian dari Allah s.w.t kepada setiap insan yang bergelar hamba-Nya. Tetapi bersabar lah... dan jadilah orang yang penyabar kerana Allah s.w.t sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Di kedewasaan ini, tersingkap kembali segala kenangan yang telah dilalui dalam hidup ini.Adakalanya kita akan tersenyum dengan sendirinya bila mana ada terkenangkan segala kenangan indah yang dilalui..tidak dilupakan jua bila kenangan sedih menghimpit jiwa...itulah yang dinamakan kehidupan... kita takkan pernah lari dari itu semua selagi kita berada di "Sebuah Perjalanan Kehidupan"

Namun, setiap kali melalui segala perasaan itu...sy akan sentiasa memotivasikan kembali diri dengan cara sy yang tersendiri..salah satunya sy suka membaca kembali karya-karya koleksi kesayangan sy..tanpa disedari sy sudah menyimpan segala karya-karya koleksi kesayangan sy itu hampir 9tahun...dan karya-karya itu jua yang akan memotivasikan diri sy kembali...utk terus bersemangat dalam mengharungi segala getir dalam kehidupan ini.sy teramat suka membaca semua karya-karya koleksi kesayangan sy itu...

Namun, sayangnya....hari ini...teramat pilu hati ini bila karya-karya koleksi kesayangan sy dh di 'publish' oleh orang yang amat sy percayai selama ini...dia bicara lain, tp lain yg dibuatnyer...apakah sy masih boleh percayakan dia lg???tp tidak mengapa...sy sentiasa memaafkan dirinya...tiada manusia yang sempurna melainkan hanya Allah s.w.t...dan sy akan sentiasa mendoakan kebahagian dia di dunia dan juga di akhirat....amin