CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
0

Jika kamu memancing ikan....

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan
menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja.... kerana dia
akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu
sukar untuk kamu
menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu
istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila
sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya
kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu
memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan hingga
keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari
makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu.
Mengasihimu. Mengapa
kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang
lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan
Kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Create by Miez Ain Niey =(
0

Kerna Cinta Aku Kuat

Assalamualaikum w.b.t...

Apa rahsia terbesar dalam hidup ini?



Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.



Namun, adakala aku tersasar dalam hidupku. Tanpa arah dan tujuan. Aku meraba dalam gelap. Menitis air mataku di setiap perjalanan. Mengesat peluh yang tidak kesampaian.



Aku tidak sempurna.
Tetapi adakah aku hidup untuk mengejar ke arah kesempurnaan?



KESEMPURNAAN HIDUP



Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar setiap insan adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahsia kehidupan.



Mungkin kita berfikir, perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.



Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu.



Tidak ada seorang pun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeza dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.



Perasaan kecewa pula seringkali singgah kerana matlamat yang tidak kesampaian. Memilih liku – liku hidup di persimpangan. Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan. Mengetahui kebaikan dalam kejahatan.



Tetapi yang akhirnya aku, kau dan mereka akan mengerti. Bahawa setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap kebahagiaan tercoret kedukaan.



Apapun pilihan yang dilalui. Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman. Akan ku semat iman demi Tuhan. Agar aku menjadi sebaik insan yang solehah.



Akan ku lewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Kerna dengan cinta buat hidupku menjadi indah. Dengan ilmu hidupku menjadi mudah. Dan dengan iman hidupku menjadi terarah. Dan untuk itu, bersedialah untuk diuji.



Seperti mafhum sabda junjungan: "Jika Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan mengujinya. Sesiapa yang reda dengan Allah, Allah reda dengannya"


C&P buat renungan diri ini dan sahabat sekalian...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Created By :-
Eirin Ainiey
Akukah Srikandi Itu
(^_^)





0

Wahai Tuhan, Ku Tak Layak ke Syurga-Mu

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk mengenali Allah, menghayati sifat-sifat Allah yang dinyatakan dalam Asmaul Husna adalah satu kaedah yang baik. Al-Quran menjelaskan bahawa bagi Allah nama-nama baik dan menyuruh kita agar berdoa dengan nama-nama tersebut.

Antara sifat Allah ialah Pengampun. Ia disebut sebagai al-Ghaffar atau al-Ghafur

Setiap Insan Ada Kesalahan
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Setiap insan ialah makhluk yang lemah, lupa dan lalai. Oleh sebab itu, kesilapan dan kesalahan biasa berlaku. Allah Azzawajalla menyuruh kita melakukan beberapa perkara, namun bukan semua perkara itu mampu kita laksanakan. Jika dapat dilaksanakan pun, tidak semuanya sempurna. Sebagai contoh, kemungkinan besar masih ada Muslim yang tidak pernah melaksanakan solat fardhu cukup lima waktu sehari semalam. Mungkin ada yang melakukannya, namun ada masanya cukup dan ada masanya tidak cukup. Kemungkinan ada umat islam yang melaksanakan solat lima waktu setiap hari, namun pelaksanaannya tidak menepati roh solat seperti khusyuk dan mungkin juga solat secara sambil lewa. Inilah hikmah apabila selesai sahaja solat, zikirnya adalah istighfar memohon keampunan Allah.

Disebabkan itu, insan memerlukan keampunan Ilahi. Alhamdulillah, Allah itu Maha Luas keampunan-Nya, cuma kita perlu berani mengakui kesilapan dan kembali kepada Allah... (^_^)

Slot Tauhid Solusi Edisi 38 (Syurga itu Benar)
created by:-
Eirin Ainiey
Akukah Srikandi Itu