Assalamualaikum....(^_^)
Hari ini EA nk bercerita mengenai sifat mahmudah dan sifat mazmumah...Pengisian ini EA ambil petikan dlm majalah solusi edisi yg ke 22 (doa - mustajab atau terhijab??)
1) MENGHARAP (mahmudah)
Mengharap atau dalam istilah tasawufnya ialah raja' iaitu sebuah jawapan atas rasa takut atau khauf. Kedua-dua sifat ini saling berkait antara satu sama lain.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan mereka berdoa kepada kami dengan pengharapan dan perasaan takut." (Surah al-anbiya' 21:90)
Khauf dan raja' adalah dua ubat untuk penyakit hati yang apabila salah satu daripada kedua-duanya hilang akan menjadikan seseorang tidak tenteram.
Jadi, seorang mukmin seharusnya menyeimbangkan di antara khauf (rasa takut) dengan raja' (mengharap) agar memperoleh kesepaduan dalam hidup.
Sikap raja' adalah penting dalam diri seseorang untuk menolak penghayatan al-khauf yang berlebihan yang dikhuatiri menyelinap masuk ke dalam hati seseorang mukmin.
Seorang mukmin dianjurkan untuk tidak berhenti mengharap daripada pengampunan Allah meskipun sudah bergelumang dengan dosa.
Hadis Qudsi ada menyebut, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Aku terlalu dekat dengan prasangka hamba-Ku. Maka hendaklah dia berprasangka terhadap-Ku atas apa yang dia inginkan." (Riwayat al-bukhari dan muslim)...
2) PUTUS ASA (mazmumah)
Putus asa dalam bahasa arab ialah yiesa. Sifat ini terjadi apabila tiada sifat khauf dalam hati seseorang. Keadaan ini menyebabkan dia meremehkan persiapan apabila menghadapi kematian. Apabila keadaan ini berlebihan akan timbullah rasa putus asa.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya tidak yang putus asa daripada Rahmat Allah melainkan orang yang kafir." (surah Yusuff 12:87)
Allah masih memberi pengharapan kepada orang yang berputus asa dengan firman-Nya yang bermaksud : "katakanlah: 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.' Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-zumar 39:53)
TIP-TIP MENGELAKKAN DARIPADA BERPUTUS ASA
- Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.
- Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua. Namun kita tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.
- Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah
- Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.
Renung2kan dan selamat beramal...(^_^)