CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
1

Duhai Hati dr Kak Nurul

~*~*~*~*~*~~*~*~*~*~Bingkisan dr Kak Nurul Ain Abdul Rahim~*~*~*~*~*~~*~*~*~*


Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dan seperti yang telah akk janjikan, ini ada ole-ole dan bingkisan kata buat memujuk aini yang menjeruk rasa. Terlalu lama mengambil masa perihal bingkisan yang di janjikan ini, tetapi janji tetap perlu di kota. Ye kan?

Buat sayang ku..
Pertama kali kita bertemu, rasanya sayang masih lagi tercari-cari dan mencari,
Memandang wajah sayang yang penuh dengan girang dan bahagia,
Bisik akk diam-diam dalam hati, " Ini dia si tiram yang nantinya akan menjadi mutiara, ini dia permata yang bersinar yang perlu di gilap sedikit lagi, ini dia beluncas yang nantinya akan menjadi rerama indah di laman daulah islamiyyah, ini dia si pengganti yang lebih baik dari diriku sendiri yang akan meneruskan perjuangan di sini, ini dia bakal murabbiyah yang akan membina manusia saat tiada lagi generasi terawal,"


Sayang,
Seperti tiram, permata dan beluncas,
Sayang berubah dari satu ke satu,
baik, lebih baik, lebih lebih baik..
wajahmu sudah jelas terpancar masa depan islam,
Pendirianmu sudah jelas dengan hala tuju dirimu dan perjuangan,
Malah sayang tekad dan nekad akhirnya mengambil jalan ini,
Dengan rela hati menyerah segala yang di cinta hanya Kerana Cinta - Kerana DIA.

Mungkin sayang belum kenal sesuatu dengan apa yang sayang lakukan sekarang ini, berusah, program sana sini, peluk cium, berukhwah dan sebagainya... Akk berdoa agar suatu hari aini akan faham apa sebenarnya yang aini lakukan ini... bukan sekadar run program itu dan ini, bukan sekadar peluk cium mngeratkan silatulrahim, malah islam menuntut lebih dari itu... besedia bersama sahabiah, akhwat yang lain...

Sayang,
akk pun ade cerita perihal kaitan akidah dengan segala cabang kehidupan. bagaimana akidah membentuk world view kita, sebut Allah, Allah dan rasailah kegentaran di jiwa, sebut Allahu akbar dan rasailah kebesaran-keagungan Allah serta kekerdilan diri yang tak punya apa, sebutlah La ilaha illallah dan rasailah ketundukan hati dan penyerahan jiwa kepada Yang Satu, Allah yang menjadi tumpuan ibadah, matlamat dan kecintaan'

bagaimana akidah membentuk akhlak dan peribadi kita, dan bagaimana akidah islamiyyah mengajar kita erti akidah perjuangan, '..ia adalah satu tali yang tersimpul kukuh,ikatanya tak kan terurai walau sesakit manapun ujian yang datang,. Akidah mendidik kita meletakkan kebergantungan total hanya kepada Dia, yakni Allah swt,'

Tapi sayang,
ingin akk bepesan padamu, jalan ini sakit, jalan ni pedih,
ingat lagi tak, kita kongsi perihal jalan sirah Rasulullah saw?
ingat lagi tak, kita cerita perihal cinta,
jalan dakwah ini sakit, tapi manis..
bila bercinta ni kita perlu banyak berkorban. Cinta, buktinya pengorbanan.

pengorbanan itu apa sayang?
' .. walau sakit atau sihat, walau lapang atau sempit, walau berduit atau kering, walau tua atau muda' ini lah perjuangan, berjuang tidak ada musim dan shift.

perjuangan dan cinta akan menguji kita dengan pengorbanan,
pengorbanan masa, sahabat, harta, akademik, keluarga malah perasaan.
Ya, selamat datang ke jalan yang memecahkan sang ibu dan sang anak, selamat datang ke jalan yang meminggirkan kamu dari yang lain, selamat datang ke jalan yang membuatkan kamu di asak bertubi-tubi hingga jatuh terduduk, selamat datang ke jalan yang membuatkan kamu tersedu serik dan seolah mahu lari ( ini kiasan baca bebetul)

akk tahu, sayang tak lupa kata-kata Mus'ab bin umar kepada ibunda tercintanya

“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”


Perihal "Jiwa Kacau"

Sayang,
Di atas sejadah cinta, kita kembali kembali pada fitrah cinta nan suci. Cinta... kalimah yang bisa mengetarkan hati. Pada insan yang masih tercari-cari cinta. Cinta itu sesuci embun diwaktu pagi, bak sekudus doa taubat kepada penciptaNya dan alam penuh seribu misteri. Cinta tak mengenal siapakah dia,apakah dia, bagaimanakah dia, dan dari manakah dia.Cinta perasan penuh misteri,namun ianya suci dan indah andai diberikan kpd insan yg benar-benar telah ditakdirkan utk kita...'dia' lah insan ALLAH yang Maha mengetahui...

"Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan ujian yang satu ini. Ilahi, berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu."

saat ini aku melepaskan dia pergi, atas kehendak orang tuaku, aku akur YaALLAH, bukan bermaksud aku berputus asa dari ujianMu ini, tetapi aku tidak mahu melawan arus, aku yakin dengan janjiMu YaALLAH... dan aku redha atas setiap yang telah KAU aturkan buatku, aku pasti KAU telah sediakan yang terbaik untukku, aku mohon padaMu YaALLAH, agar kau pelihara dia dari kekecewaan, sampaikan padanya yang aku bukan menolak dia kerana kelemahan yang ada padanya, gantilah buatnya seorang wanita soleh yang lebih baik dariku untuknya... andai KAU tetapkan dia pilihanMU buatku, aku tidak menolaknya YaALLAH, malah aku bersyukur... Seandainya tidak.. tenangkan lah hati kami dengan RahmatMU...


Cebisan doa dari Habiburrahman El-shirazy untuk aini tersayang...

Ya Ilahi, wahai pemilik segala hati. Ku bersujud pdMu. Terimalah taubatku dengan dosa2ku ini. Daku berdosa dan derhaka padaMu. Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa di kala ini, hambaMu ini teruji dgn hati dan dunia. Wahai Yang Maha Penyayang, berdosakah daku jika perasaan itu hadir pada hambaMu yang bergelar makhlukMu. Ya Ilahi.. ampunilah dosa-dosaku atas airmata ini yg tidak dapat menahan perasaan cinta itu, sesungguhnya Engkau Maha Mengerti bahawa hati ini tidak bisa menolak fitrah yang Engkau ciptakan. Daku lemah ya Ilahi, lemah dengan dugaan hati yang telah semampu kudrat ku tepis-tepis agar tidak mengganggu cintaku padaMu.. izinkanlah airmata ini mengalir kerna tangisan ini tak mampu ku bendung lagi.."

"Wahai Ilahi, tuntunlah daku agar cinta ini suci dalam redhoMu. Janganlah Engkau biarkan daku sendirian. Daku tak berdaya. Sesungguhnya segala isi alam di tanganMu Wahai Yang Maha Tahu. Sesungguhnya, daku tak mahu kehilangan cintaMU..dan juga ku tak mampu memalingkan rasa cintaku padanya. Ya Ilahi, andai Engkau mengetahui dia terbaik dan tercipta untukku, bagi diriku dan agamaku, usahlah Engkau biarlah hatinya dan hatiku terbiar jauh dariMu, dekatkanlah hati kami pada cinta yg suci dengan ikatan yang Engkau redhoi. Satukan hati kami dlam redho dan rahmatMu."

"Ya Ilahi, bimbinglah daku dan dirinya ke jalan yang lurus. Seandainya juga dia bukan terbaik untukku,bukan tercipta untukku. Jadikanlah hatiku ini redho dgn takdirMu. Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya. Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik, yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu. Temukan daku dgn insan sebaik dirinya. Ampunilah daku ya Ilahi, sesungguhnya daku wanita lemah yang hanya punya airmata sebagai teman. ampunilah daku ya Allah, kerna airmataku ini menitis di hadapanMu kerna makhlukMu, kerna dosa2ku padaMu, kerna setitis cinta pada makhlukmu yang lahir tanpa ku pinta."


"Ya Ilahi, ku ingin hidup dan matiku dlm redho Mu, ampunilah segala dosa-dosaku yang seluas air di lautan , setinggi gunung-gunung ciptaanMU. Ampunilah juga dosa-dosa insan lain. Terimalah taubat hambaMu yang hina ini dan andai takdir Mu telah tertulis di Luh Mahfuz, daku redho apapun yang Engkau takdirkan, walaupun andainya ku kehilangan dunia, dan insan yang kucintai demi meraih cintaMu. Semoga pabila saatku bertemu denganMu, taubatku bersatu dalam rahmatMu. Ku merayu penuh syahdu dengan titisan airmata ini, Engkaulah harapanku,hidupku dan matiku, janganlah hampakan perasaan hambaMu ini....amien."

Sayang,
dah banyak akk tulis,ingat, mari kita sama perkukuhkan keimanan dan kecintaan kita, kita ibarat dua jari kelingking yang sedang bertatut erat, jika sebelah ni sejuk, yang sebelah lagi akan cuba panaskan, jika sebelah ni basah, yang sebelah lagi akan kesat kan, jika sebelah sini longgar tautannya maka yang sebelah sana akan perkuatkan.. ingat, kita ibarat dua jari kelingking ni...


Sayang,
Terima kasih kerana sudi bersama dan menerima akk,
Terima kasih kerana menyanyangi diri ini,
Terima kasih kerana banyak mengajar diri ini tentang ilmu,kehidupan,cinta.
Terima kasih kerana jadi Sayang yang baik sesangat.
AINI Mutiara yang bersinar, gilap dan sinarilah insan sekeliling dengan sinaran dan pesona dirimu sendiri.
Maafkanlah diri akk yang TERaaaaaaaaaaaaamat banyak buat salah dan penuh kekurangan.
Halalkan segalanya.
Maaf kerana tak dapat jadi Kakak dan sahabat yang baik.



" janganlah kamu menjadi terlalu manis sehingga kamu ditelan dan jangan pula kamu menjadi terlalu pahit sehingga kamu diluahkan"

" Walau apa terjadi, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah swt, sentiasalah bersangka baik denganNYA atas segala yang terjadi "

Moga Allah memeberikan kita hati yang tak pernah lelah bermujahadah!

Sayang selalu~
Kakak yang comot lagi chumel
Al-Faqir Ila ALLAH
~ain~

Terima kasih byk2 buat kak nurul bg kata2 ni pd Aini... Aini nk jdkan kata2 nie antara koleksi yg paling aini syg di dlm blog nie...Izinkan aini yew kak nurul...(^_^)