CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
0

Mahabbah Nur Ilahi


بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Ku mencari cinta nan suci,
Tanpa pengaruh nafsu duniawi,
Terasa sukar jalan yang ditempuhi,
Penuh liku dan onak duri.


Sudah lama ku mencari-cari,
Cinta yang suci tidak bertepi,
Setelah lama ku menghausi,
Akhirnya, cinta murni-Mu dimiliki hati.


Ya Allah, cinta-Mu,
Sungguh indah dan syahdu,
Ya Rahman, Kasih-Mu,
Mencairkan hatiku yang keras dan kaku.


Titisan hidayah-Mu penyejuk jawarih ini,
Dingin mengalir bagai dibasahi,
Ku cuba dekati, dan ku pasti,
Rahmat-Mu selautan mata air Firdausi.


Ya Allah, redha-Mu ku cuba suluhi,
Agar ku bisa bertemu dengan-Mu nanti,
Moga redha-Mu mengiringi roh ini,
Menerusi cahaya mahabbah Ilahi...


Created By:-
Ain Niey
Sumber : iluvislam.com

0

Warkah Buat Kaum Adam dan Hawa


بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Buat Adam Andai Mahu Mencari Hawa
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.




2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubah semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami dan menabur buruk diri si suami.




3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Buat Hawa Andai Mahu Menerima Cinta Adam
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

1. Jangan dilihat pada kereta mewah semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya ketika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.



2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.



3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu atau tidak memilihnya. Risau jika bersama kelak kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang sangat menyeksakan.


Baitul Muslim Permulaan Sebuah Cinta. Semoga kita akan dipertemukan dengan cinta yang sejati dan suci di bawah keredhaan Allah s.w.t dan kekal sehingga ke akhir hayat dan ke syurga... (^_^)






P/S: Peringatan buat diri ini juga dan teman-teman sekalian

Created By :-
Ain Niey
Sumber : iluvislam.com