CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
0

Tinta Sebuah Perasaan


بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

Entah perasaan apa yang diri ini rasa ketika ini. Diri ini seakan-akan rindukan pada seseorang, tetapi tidak tau pada siapa. Jantung ini seakan-akan bergetar hebat tatkala menyebut namanya. Jiwa ini seolah-olah gersang tanpa dia disisi. Diri ini seolah-olah tidak mampu untuk bernafas. Semakin ku cuba lari jauh dari hidupnya, semakin kerinduan pada dirinya menghimpit jiwa. Apakah ini dinamakan cinta???

Apakah diri ini tegar menyimpan perasaan yang tidak keruan ini sepanjang tidak ketemu dengan dirinya???Sampai bila kan ku simpan perasaan ini???Setiap kali ku melihat dirinya ingin sekali diri ini teriak untuk mengatakan "Diri mu kini mulai ada dalam hati kecil ini, diri mu kini ada dalam setiap hembusan nafasku, dan diri mu ada di setiap degupan jantung ku" Apakah ini dinamakan cinta???

Seringkali diri ini tertanya-tanya, apakah sebenarnya perasaan mu pada diri yang serba kekurangan ini??? Adakalanya setiap perbuatan, kata-kata, layanan, sokongan yang diberikan buat diri ini, percayalah tanpa kata-kata tepat dari mu. Diri ini akan terus salah faham dengan dirimu. Sesungguhnya hati kecil ini mulai merasai kehadiranmu di dalam hati kecil ini. Dan sampai waktu ketika itu, Apa yang harus ku lakukan??? dan...Apakah ini dinamakan cinta???

Berkali-kali ku cuba mengatakan "Sejauh manapun aku mulai suka dia atau menyimpan perasaan pada dirinya, adakah perasaan dia jua sama dengan diri ini???" diri ini tidak punya jawapan itu, hanya dia...yang ada jawapan itu...apakah diri ini perlu bertanya terus pada dirinya???oh...tidak, tidak sama sekali. Biarlah dia berlalu mengikut arus yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.

Kemesraan, ambil berat, lawak jenaka yang dilakukan oleh diri mu, seringkali menghiburkan hati walang ini. Kejernihan wajahmu seringkali mendamaikan hati ini. Adakalanya, diri ini seakan-akan tersenyum sendirian tatkala mengingati setiap perihal diri mu. Namun, entah kenapa bila diri mu berada dihadapan ku, diri ini rasa amat jauh dengan hati mu. Entah kenapa redupan mata mu mampu menggetarkan jiwa ini. Diri ini hanya mampu mencintai mu bila diri mu ada dihadapan ku tetapi tidak mampu memilikimu bila diri mu jauh dari ku. Apakah ini ynag dinamakan cinta???

Apa yang harus ku lakukan untuk mengelakkan semua perasaan ini pergi lagi jauh??? Diri ini amat takut kalau hati ini di sakiti lagi. Apa yang harus ku lakukan apabila diri ini mulai merinduinya???Apa yang harus ku lakukan andai diri ini memang sudah mulai jatuh cinta dengan dirinya??? Apa yang harus ku lakukan apabila dihadapannya jantung ini berdegup kencang???Apa yang harus ku lakukan, apabila di setiap renungan mata ini hanya ada wajahnya???Apa yang harus ku lakukan, andai setiap panahan mata ini hanya melihat diri nya???

Perlukah diri ini melarikan diri dari nya??? Apakah lebih baik ku mengundur diri dan menyepi dari terus jatuh cinta dengan dirinya???Apakah perlu ku lakukan itu demi hati ini bahagia walaupun menyeksa jiwa ku tiap kali merindui dan mendambakan dirinya???Perlukah diri ini lakukan itu??? Perlukah???

Cemburu. Ya. Adakalanya diri ini cemburu bila dia bersama dengan insan lain. Cemburu yang tiada taranya. Setiap kali perasaan itu muncul diri ini seolah-olah tidak mampu untuk memaafkan diri sendiri. Kenapa perlu diri ini ada perasaan itu utk dirinya???Aku siapa utk dirinya???Tiada ikatan apa-apa...sedih, Ya. Teramat sedih diri ini bila dia tidak pernah mengerti perasaan ini.

Tidak usah di ucap, tidak usah di lafaz, Dikau seharusnya mengerti bahasa cinta ku.

Walau apa-apa pun yang terjadi, Ku selalu akan doakan dikau bahagia dengan pilihan hati mu kelak. Walau kelak hati ini yang terseksa tp itu jua adalah pengorbanan cinta. Cinta bukan sekadar memiliki tp cinta jua adalah utk pengorbanan. Cinta yang sebenar, apabila kita merelakan atau mendoakan kebahagian orang yang kita sayangi, itu jua adalah cinta. Walaupun dia tidak pernah mengetahuinya, tetapi Allah Maha Mengetahuinya.

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Lagu ini di dedikasikan oleh insan yang bertahta di hati ini saat ini.... Sarang hae (^_^)

Cahaya Mataku
Nor Aini
(^_^)


0

Opps...Aku Dah Terjatuh Cinta


بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

"Opps...Aku Dah Terjatuh Cinta" Teringat bait-bait perkataan ini dalam sebuah novel yang pernah sy baca pada suatu ketika dahulu dan novel ini jua yang telah menambat hati ini dalam terus manjadikan novel sbg bahan bacaan yang amat diminati. Cinta Marissa, Yew...ni lah novelnya...Novel pertama yang dibaca...Cinta Marissa. Kisah suka duka seorang gadis dalam menempuh hidup hari-harinya setelah putus dengan cinta pertamanya Rahimi, Hati perempuan mana yang tidak terluka andai cinta pertamanya dirampas sesama kaum hawanya sendiri. Hati perempuan mana yang tidak terluka andai suatu ketika dahulu seorang lelaki menabur janji padanya telah berpaling dari janjinya sendiri. Hati perempuan mana yang tidak terguris andai suatu ketika dahulu dia miliki cinta dari insan yang amat dicintainya namun... akhirnya cinta itu telah pergi darinya...

Sejak dr itu, Marissa berubah secara mendadak dan perubahan itu bukan lagi Marissa yg dulu, Keras kepala, degil, penuh dengan sifat kelelakian (tomboy), keras hati...itulah sifat Marissa kini setelah hatinya dikecewakan...hilang sudah segala kelembutan, keayuan yang pernah dimilikinya dek kerana gara-gara penangan cinta dr seorang lelaki. Namun, akhirnya dia pilih utk jalani hidup tanpa cinta itu lagi. Bagi dirinya cinta xbermakna gagal selamanya. Dia keluar dr rumahnya dan berdikari mengikut jalan hidupnya sendiri.

Yang Dicinta akan Pergi...
Yang Didamba akan Hilang...

tatkala itu, Iqbal lelaki yang penuh dengan kesederhanaan, akhirnya muncul dalam hidup Marissa. Sekeras-keras hati Marissa, jatuh cinta jua dia pd Iqbal. Dengan sehabis daya dia cuba untuk menghalau pergi cinta itu agar dia tidak lagi jatuh cinta buat kali kedua. Pelbagai cara dia lakukan agar dia tidak menyimpan jauh perasaan itu dia takut dia hanya bertepuk sebelah tangan...

Untuk dicintai memang mudah, utk jatuh cinta jua memang mudah...
Tetapi, utk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah sukar diperolehi...

Konflik semakin memuncak apabila Marissa dinodai, Dia tidak layak utk Iqbal, dia tidak punya apa-apa lagi....melainkan cinta hanya utk Iqbal...Namun siapa lah dia...apakah dia masih layak utk disisi Iqbal???

Suatu hari, lamaran datang menjengah dalam hidupnya...Lamaran???yew...dr insan yg mula bertahta dihatinya..Iqbal. Lelaki itu telah menghantar lamaran utk Marissa utk menjadikan Marissa sebagai suri hidupnya. Bukan kerana simpati, bukan jua kerana perasaan bersalah melainkan hanya kerana Cinta. Iqbal jua amat mencintai Marissa. Namun, hampa Marissa menolak lamaran itu...

Kenapa???ada sesuatu yang perlu dilaksanakan Marissa. Iqbal mula berputus asa dengan tindakan Marissa. Marissa akan keluar negara utk menyambung pelajarannya. Sebelum Marissa bertolak pergi, terlebih dahulu Marissa menemui Iqbal. Dengan penuh keayuan. kelembutan, Marissa menemui Iqbal. Iqbal terpana dan tersentak dengan perubahan Marissa. Itulah Marissa yang sebenar2nya... Hati marah Iqbal berubah dengan wajah ayu Marissa. Dia amat mencintai Marissa. Iqbal pasti akan menunggu satu2nya puteri dihatinya. Dan hanya Marissa satu2nya yang akan menghuni dihatinya selama-lamanya... Semoga kota London tidak mencuri hati mu Marissa... Itulah harapan Iqbal bila ekor matanya menghantar pemergian Marissa.


Walaupun betapa sukar kita miliki cinta dari insan yg kita cintai, Marissa...seorang gadis yang amat bertuah kerana memiliki cinta Iqbal, cinta dari insan yang amat dicintainya... (Cinta Marissa - karya Kriesya Reisya)

Hakikatnya, Sejauh manapun kita mencintai seseorang itu, Cinta pada Allah perlu melebihi dr segala-galanya...
Sejauh manapun kita rindu pada seseorang itu, Rindu pada Rasulullah tiada taranya...
Sejauh manapun kita kasih pada seseorang itu, Kasih hanya pada ibu dan ayah...

Disaat cinta berputik, Hatinya memuji Tuhan.
Tatkala rindu terusik, Rasulnya jadi pilihan...

biarlah cinta Allah ditakluki sebelum cinta manusia dijejaki...

Bila... hati ini mula menyimpan perasaan
Bila... hati ini mula jatuh cinta pada insan yang bernama lelaki

Ku pegang erat kata-kata ini agar hati ini tidak jauh tersasar dr cinta-Mu.
Mencintainya kerana Allah sudap cukup membuatkan diri ini bahagia walaupun tidak sekelumit pun dia mengetahuinya...cukup bagi ku hanya Allah shj yg tahu betapa saat ini, cinta ini hanya utk dirinya...

Cinta adalah anugerah yang tidak terhingga yang dianugerahkan oleh Allah utk setiap hamba-Nya... Dengan cinta jua kita kenal pencipta, Dengan cinta kita kenal RasulNya, Krn cinta kenal para saudara kita..dan betapa indahnya perasaan cinta ini...
Islam tidak menghalang dalam perasaan cinta. Tetapi biarlah cinta itu berlandaskan syariat pasti cinta suci akan terpelihara...

Terasa semakin jauh diri ini dengan kenangan lalu, Namun kenapa diri ini masih tidak mampu utk melupakannya. kenapa???rindu padanya masih mengusik di kalbu ini??? wajahnya seringkali menyapa dlm hidupku hari2...hakikatnya sudah dua tahun ku tinggalkan wajahnya dr kamus hidup ku...namun, ku tiada upaya utk menghalau wajahnya dr terus menjelma...Semakin diri ini cuba utk melupakannya, semakin rindu menggamit jiwa. Semakin diri ini cuba menghalau pergi cinta yang datang, Semakin, cinta datang mengetuk jendela hati. hebat sgtkah penangan sebuah cinta itu???

Setiaku sekuntum mawar merah...
tangkainya adalah cintaku...dan
kelopaknya adalah nyawaku...
seandai kelopaknya gugur ke bumi...
tangkai masih utuh tak akan berganti...

Cinta amat menyakitkan bila sepenuhnya kita berikan pada manusia...Sebaliknya cinta itu akan bahagia bila kita berikan sepenuhnya hanya pada Maha Pencipta Cinta. Hanya cinta dari-Nya shj harus didambakan... Diri ini amat bersalah pada-Mu Ya Allah, Bila diri ini mula meletakkan cinta ini pada manusia. Allah memberikan kita secebis cinta ini bukan utk diberikan sepenuhnya pada manusia tetapi supaya kita lebih mencintai-Nya.sanggupkah kita menduakan cinta-Nya???

Ya Allah seandainya dia bukan tercatat utkku, jauhkanlah dia dr pandangan mataku agar aku tidak terus hanyut dengan cinta yang sementara ini... Agar aku tidak terus hanyut dengan cinta manusia ini Ya Allah...dan biarlah cinta ini hanya untuk-Mu Ya Allah...

Andai cinta itu menyakitkan, peliharalah aku dr segala kesakitan itu Ya Allah, Jagalah hati ku ini dr terus kecewa dengan perasaan cinta manusia. Jgn pernah biarkan diri ini terus terleka dengan perasaan ini... Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan lagi Maha Mendengar segala isi hati hamba-Mu ini Ya Allah... jauhkanlah aku dari terus jatuh cinta kepada insan yang tidak pernah mencintaiku dan biarlah cinta ini hanya utk yang benar-benar ikhlas menghargainya dan hanya utk lelaki yang bernama suami...

Hawa’ dciptakan dari tulang rusuk ‘Adam’

Bukan dari kepala untuk djadikan atasannya,

Bukan dari kaki untuk djadikan alasannya,

Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.

Dekat pada lengan untuk dlindungi & dekat di hati utk dicintai...


Andai cinta manusia sukar ku miliki dan Andai sukar untuk ku miliki cinta dr insan yang amat ku cintai... Biarlah cinta ini hanya untuk-Mu Ya Allah... (^_^)


Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku...

Cahaya Mataku
Nor Aini
(^_^)










0

Setia Ku Menanti Hadirnya Dirimu


بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.


Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.


Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..^^


TERATAK ILMU
0

Duhai Hati....Bersabarlah



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

Masih diri ini igt, pertama kali menjejakkan kaki ke Melaka bulan 7 tahun lalu. Hati ini bagaikan kosong seketika...Mampukah diri ini berjuang di bumi yg terasa agak asing buat diri ini demi sebuah ilmu???? sedangkan hakikatnya, ini yg diri ini mau selama ini. Apakah diri ini mmg penyambung legasi dari keluarga ku??? kakak pernah sampai kesini untuk menuntut ilmu tanpa jemu walaupun amat jauh dr keluarga ku...

Masih terbayang kata2 semngat dr ma dan abah..."belajar elok2...jgn main".. sebelum dia meninggalkan aku sendirian di bumi Melaka ini....Sayu hati ini tiap kali merindui mereka semua...Namun kugagahi jua kudrat ini, ku cekalkan hati ini, kutabahkan setiap langkah yang ku hayunkan demi harapan, semangat, pengorbanan mereka semua demi melihat kejayaan ku... Dan...aku???wajarkan aku membiarkan harapan dan segala pengorbanan mereka hancur dan musnah begitu sahaja???..tidak!!! aku sesekali tidak akan pernah membiarkan itu semua berlaku selagi hayat dikandung badan dan selagi kaki ini boleh melangkah akan kuteruskan setiap hayunan langkah ini demi mereka semua yang amat kucintai...

Namun, Diri ini ma abah....sentiasa diuji dengan ujian yang terasa amat berat itu diri ini pikul... dan adakalanya diri ini sentiasa menumpahkan airmata kecewa dengan setiap ujian yang diberikan...sedangkan segala ujian itu adalah tanda kasihnya Pencipta kepada setiap hamba-Nya.. Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan mereka.

Maafkan diri Ya Allah..Hamba-Mu ini lemah dengan secebis ujian serta dugaan yang datang dlm kehidupan ini....Aku lemah Ya Allah...berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari2 yang mendatang dalam kehidupan ini. Kuatkan semangat hamba-Mu ini Ya Allah dalam melaksanakan setiap ujian yg diberikan pada-Mu...

Sesungguhnya hati ini amat lemah bila di uji dengan soal hati...tetapi hati ini jua diuji oleh-Nya... Kadang-kadang buat diri ini mengelamun seketika. Sepanjang kedewasaan ini, hati ini amat sering diuji, Bila hati ini mendambakan cinta untuk hadir bertapak, cinta itu jua tidak datang menjengah tetapi lain pula bila pintu hati ini diketuk oleh insan bernama lelaki, Hati ini pula tidak mampu utk membukanya. Kenapa???apa yg dicari sebenarnya. Mungkin hati ini masih takut, yew takut..takut utk dikecewakan dan masih tidak mampu untuk bersedia....

Teringat bait-bait bicara ini "Kejarlah cinta Allah dahulu sebelum cinta manusia dijejaki"... Apabila cinta Allah ditakluki insyaAllah cinta manusia pasti akan datang menjengah... Sekurang2nya bila kita meletakkan cinta Allah di paling atas, bila dikecewakan oleh cinta manusia kita pasti tidak akan terluka kerana cinta Allah sentiasa ada untuk kita. Dan sekali gus hati ini akan sentiasa di jaga oleh-Nya.

Adakalanya manusia sering takut bila dia terpaksa hilang cinta manusia, 'couple' kemudian menangis bagai nk rak andai dia sudah kehilangan cinta kekasih hatinya (putus). Tapi, xterfikirkah mereka??? xtakut kah mereka andai kita kehilangan cinta-Nya. Cinta Maha Pencipta Cinta...Duhai sahabat, kita xperlu takut atau gusar andai kehilangan cinta manusia, krn cinta manusia akan datang dan pergi dr hidup kita, tapi apa yang perlu kita takut andai kita kehilangan cinta dari Allah. Cinta Allah adalah satu2nya cinta yang abadi dan kekal... Andai kita mencintai-Nya lebih dr segalanya insyaAllah kita jua akan memperolehi cinta dr insan yang jua mencintai-Nya

Ya Allah, Jika Aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
untuk mencintai-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya,
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya terpaut
pada-Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam
Jurang Semu

Ya Allah, jika kau jatuh cinta
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari-Mu

Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon
Pada-Mu untuk selalu
Mencintai-Mu...

Adakalanya diri ini takut apabila memikirkan diri ini pernah mematahkan hatinya...Apakah yg akan jd andai diri ini pula diuji sebegitu???Ya Allah amat berat jua utk kuterima andai itu yg akan berlaku. apa yg harus diri ini lakukan hanyalah berdoa dan bertawakal agar tidak lagi diuji dengan kelemahan yang satu itu...Ya Allah Ampun segala kesalahan diri ini buat hamba-Mu itu. Cekalkanlah hatinya, bahagiakan hatinya dengan segala kedukaan semalam agar dirinya tabah menghadapi hancurnya hati yang telah dilukai. Temukanlah dia dengan insan sebetul2nya agar hatinya lebih bahagia dari terus terluka.

Bukan aku pinta untuk semua itu, dan bukan niat diri ini utk melukakan hatinya...keadaan dan waktu utk kita terus bersama dlm ikatan yg bukan milik kita....Diri ini tidak mahu sekadar membina hubungan yg sia2... Cinta adalah milik Allah...Hnya Dia yg mampu memberi cinta itu dan Dia jua yg berhak menarik cinta itu kembali andai itu sudah kehendaknya...

Semoga hati ini lebih kuat dr semalam dengan setiap ujian yg diberikan...dan biarlah diri ini memperoleh cinta sampai ke syurga... "Bercinta sampai ke syurga"...



Sekian.... (^_^)