CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Takdir Cintaku (Episod 1)

Episod 1

************

"Berapa lama lagi kau nak tatap potret tue Am?" ujar Pn.Khalida pada satu-satu anak lelaki tunggal yang dia ada, Irham.


Irham cuma tersenyum memandang umminya yang tiba2 muncul dibilik galeri yang sentiasa menjadi tempat untuk Irham melepaskan segala perasaan yang hadir dalam hidupnya kini.Perasaannya kini berkecamuk. Bercelaru bagaikan tiada noktahnya. Ini semua gara-gara kerana kehadiran seorang perempuan dalam setiap mimpi-mimpi Irham sejak sembilan bulan yang lalu. Irham tidak pernah mengenali perempuan yang hadir dalam mimpi-mimpinya itu. Puas Irham mencari kelibat perempuan yang seiras dalam mimpinya, tetapi tidak pernah jua ketemu.


Irham amat yakin perempuan itu adalah jodohnya. Ya. Jodohnya. Pertama kali Irham mimpikan perempuan itu, Irham berada di Mekah. Mengikuti ummi dan ayahnya mengerjakan umrah. Dan ketika Irham berdoa di tanah suci itulah Irham bertemu dengan seorang perempuan dalam mimpinya. dan dengan mimpi itu jua Irham amat yakin itu adalah petanda jodohnya. Namun, sehingga saat ini Irham masih mencari-cari perempuan yang telah hadir dalam mimpinya itu. Kalau benar perempuan yang hadir dalam mimpinya itu adalah jodohnya, Irham amat berharap akan bertemu dengan perempuan itu. Tetapi, sampai bila???


"Entah lah ummi, Am pun xtau sampai bila Am nk pandang potret ni" perlahan-lahan Irham menjawab pertanyaan Pn.Khalida.


Pn.Khalida hanya tersenyum memandang wajah anak kesayangannya itu.


"Kenapa ummi?" sapa Irham, pelik dengan kelakuan umminya


"ermmm...xder apa2 la. Kamu ni haa, xsangka ada penyakit baru" ujar Pn.Khalida


"Penyakit baru?maksud ummi?"Irham semakin pelik dengan kata-kata umminya


"Yew la. Penyakit angau!!!"kata Pn.Khalida sebelum menarik pintu bilik galeri anaknya itu.


"Dah la, jom makan. Bukannya kenyang pun tatap potret tue" sindir Pn.Khalida pada Irham sebelum berlalu keluar dari bilik itu


Irham tersenyum nipis dengan kata-kata umminya. Ekor mata Irham memandang di segenap bilik galeri miliknya. Kini, bilik galeri Irham dipenuhi dengan potret-potret perempuan yang sering kali muncul dalam mimpi-mimpinya itu. Setiap kali perempuan itu muncul dalam mimpi-mimpinya, tiap kali itu Irham akan melukis gambar perempuan itu. Bilik itu jua dilarang keras dimasuki oleh adiknya melainkan umminya. Berkali-kali umminya memesan agar jangan terlalu ikutkan perasaan. Tetapi entah kenapa semakin hari Irham dapat merasakan cintanya pada perempuan yang selalu mengganggu mimpinya itu semakin tinggi dan tiada taranya. Irham kini bagaikan tidak sabar untuk bertemu dengan perempuan itu.


**********


"HUJUNG minggu ni ayah dengan ummi nk balik Perak. Kamu nk ikut sekali Am?" sapa En.Huzaimi pada Irham yang asyik menonton televisyen yang menayangkan program Iman Muda tayangan Astro Oasis


"Ermmm...abang xmasak lagi ke perangai anak kita sorang ni. Bukannya dia mahu berjalan. yew la orang sibuk kerja, mcm ayahnya jugak" Belum sempat Irham menjawab. Pn.Khalida terlebih dahulu muncul diantara Irham dengan ayahnya. Entah bila ummi nya ada pun dia tak perasan.


"Hish... awk ni. Biasa la tue. Kalu anak lelaki mesti lah ikut ayah dia. Kuat bekerja" jawap En.Huzaimi


"Kuat, kuat bekerja jugak. Tetapi nak ajak g mana-mana pun susah. Macam abang waktu awal2 kita kahwin dlu la. Bukan main susah sy nk ajak blik umah sy tau. Asyik-asyik sibuk je memanjang. Dah tue pulak. nk ajak bilk makan tengahari sama2 pun xboleh" balas Pn.Khalida. Tidak puas hati dengan jawapan suaminya.


Irham yang berada diantara Pn.Khalida dan En.Huzaimi bagaikan terpinga-pinga dengan telatah ummi dan ayahnya. Walaupun sudah dimamah usia, namun kemesraan antara ayah dan umminya masih sama. Irham terasa amat bahagia dianugerahkan sebuah keluarga yang dilimpahi dengan kasih sayang sebegini dari kedua-dua orang tuanya.


"Okey2...dah la ayah ummi. Adoiii la kelakarlah Am tgk." sakat Irham tidak mahu ayah dan umminya terus bertelagah. Walaupun hanya bertelagah secara main-main sampai bila harus dibiarkan begitu.


"Ayah dan ummi balik la dlu. Lagipun minggu ni Am sbuk sket. Banyak projek nk kena siapkan"sambung Irham lagi.

"xpa la kalau macam tu. Nk buat macam mana." Mengerti dengan kesibukan anaknya itu, En.Huzaimi hanya mengikut sahaja.


"Projek apa yang kamu tgh siapkan skrg ni Am???" tanya En.Huzaimi sekadar berbasa basi dengan anaknya


"Projek siapkan potret seorang perempuan" sampuk Pn.Khalida sambil diiringi gelak ketawa ayahnya, En.Huzaimi.


Irham turut ketawa dengan kenyataan umminya"Ummi ni, xhbis2 nk kenakan Am erk"


"okey la tue. Cepat sket ayah dengan ummi dapat menantu" sambung En.Huzaimi setuju dengan kenyataan isterinya.


"Ayah...." protes Irham tidak setuju dirinya terus-terusan dijadikan bahan ejekan Ayah dan Umminya.

“Okey la...amboi marah sgt dia disakat yew. Btul la tue” sambung En.Huzaimi tiada tanda mahu berhenti dr mengejek Irham


“marah sakan tue bang, Btul la tue maknanya” sambung Pn.Khalida mahu terus menyakat anaknya.


“Ya Allah, Ayah ummi. Enough okey, enough” reaksi Irham diiringi gelak tawa En.Huzaimi dan Pn.Khalida


“Ni haa, Projek apa yang kamu buat sekarang ni Am. Dari tadi ayah tanya. Xmau dijawabnya” sambung En.Huzaimi kembali ke topik asal perbualan dia dengan Irham


“Macam mana Am nk jwb kalau ayah dengan ummi asyik sakat Am jew” getus Irham tanda tidak puas hati


Sekali lagi terhambur ketawa dari En.Huzaimi dengan Pn.Khalida meletus.


“ Am tengah ‘handle’ projek pembinaan masjid baru ayah” jawab Irham setelah sekian menyepi memberi laluan untuk ayah dan ummi nya menghabiskan sisa-sisa ketawa yang masih berbaki.


“Owh... ye ke. Bagus la kalau macam tue Am. Kerja sebagai arkitek ni, banyak cabaran dan dugaannya. Mana tidaknya. Arkitek dekat Malaysia nie punya la ramai. Banyak persaingannya. Kalau dah dapat projek tue, kira bersyukur sangat2” nasihat En.Huzaimi pada anaknya, pn. Khalida hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata suaminya.


“Ye ayah. Am pun bersyukur sangat2 bila dh dapat projek ni.”ujar Irham pada ayahnya.


“Ermmm... okey jugak tue Am. Cepat-cepat boleh simpan duit”sampuk Pn.Khalida


“Simpan duit???”serentak pertanyaan dari En.Huzaimi dan Irham


“Maksud Ida???” Tanya En.Huzaimi tanda tidak mengerti dengan kenyataan isterinya


“Hish abang ni. Kata tadi nk menantu cepat. Lagi banyak Irham dapat projek, Lagi cepat dia simpan duit, lagi cepat la kita dapat menantu. Adoiii...abang nie, xkan tue pun xfhm”jawab Pn.Khalida


“Oooooo”menyedari apa yang di maksudkan isterinya


“Apa???”Irham yang masih terpinga-pinga dengan kenyataan itu baru menyedari yang dirinya disakat lagi


Serentak. ketiga-tiganya meletuskan ketawa.

**********


IRHAM cuma memerhatikan kedua-dua ayah dan umminya memasukkan beg-beg pakaian di dalam ‘Booth’ kereta. Jam menunjukkan pukul 8.40. Mungkin kejap lagi En.Huzaimi dan Ph.Khalida akan bertolak berangkat pulang ke kampung umminya di Kuala kangsar Perak. En.Huzaimi dan Ph.Khalida perlu bertolak awal. Kalau tidak, lagi lewat mereka akan sampai ke kampung nanti. Walaupun tidaklah begitu jauh diantara Putrajaya ke Kuala Kangsar. Namun begitu mereka perlu bertolak awal dikhuatiri jalan akan ‘jammed’ bila lambat bertolak.


“Jangan kamu lupa pulak Am ambil adik kamu Sofea tue ptg nanti” laung Pn.Khalida pada Irham yang agak mendiamkan diri.


“Hah???apa ummi???”tersentak.terpinga-pinga. sambil menggaru-garu kepalanya, Irham hanya memerhatikan Pn.Khalida dah terkedek-kedek menghampirinya.


“Ermmm... kamu ni, dah macam adik kamu dah ummi tengok. Mengelamun jew memanjang. Kalau sofea tue ummi tau la dia dh angau dengan si Waziq tue. Kamu???”Pn.Khalida hanya tersenyum dengan kata-katanya sendiri.


Irham hanya tersenyum sinis. Kata-kata umminya seringkali memakan dirinya sendiri. Kerap benar dirinya disakat ayah dan umminya dek erana sikapnya yang entah apa-apa dah sekarang


“Ummi ckp apa td???” cuba mengubah tajuk


“tiada kerja lain. Ckp sket mula la nk tukar topik”Bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran anaknya itu. Irham hanya tersengeh.


“Ummi ckp, Jgn lupa ambil adik kamu Sofea ptg nnti.”ulang Pn.Khalida


“ye la ummi. Lagipun, sofea telefon blik Am nnti.jgn la risau”jawab Irham.


“Apa yang dibualkan lg tue Ida. Cepat lah. Kita nk berangkat dh nie. Nnti lambat pula kita sampai” Dari jauh kedengaran laungan dr En.Huzaimi.


“haa...ye ye lah bang. ”jawab Pn.Khalida


Irham menyelami tangan kedua-dua orang tuanya dan melambai mesra menghantar pemergian ayah dan umminya.


(^_^)

Created by

Eirin Ainiey

0 comments: